Wednesday, July 01, 2020

Pelajaran selepas 10 tahun perkhidmatan.

1. Kerja esok siapkan hari ini.

Masa mula-mula berkerja di kilang ini ada senior yg beri peringatan “kerja esok siapkan hari ni”. Aku sendiri pun tercengang pada mulanya. 

Tapi bila aku sendiri dah jadi senior, benar belaka. Kerja esok siapkan hari ini sebab esok tak tahu masalah apa pula menanti. Lagi-lagi kerja team mate yang memerlukan pertolongan atau follow up rapat.

Dan dengan amalan yang begini jugalah dalam banyak keadaan, aku biasanya bersedia untuk melaporkan tugasan. Kerja bertangguh berjaya dikurangkan. Kurang je tau, nak hilangkan kerja bertangguh ni aku pun gagal lagi. 

2. Terbuka menerima teguran.

Bahagian ini, kalau kita dah biasa ‘asyik menang kita’ memang susah nak ubah sikap. Untuk sentiasa diberi kerjasama dan dikasihi sekalian alam di alam pekerjaan, kita kena sentiasa terbuka menerima teguran. Kadang-kadang bukan salah kita pun, tapi bila ada yang tegur, terbukalah menerimanya. Jangan dijawab melulu, fikir kepada isi teguran sebelum ‘melenting’.

Aku pernah kena, jabatan lain punya pasal, aku kena menghadap bos di pagi hari. Katanya ada bos jabatan lain mengadu tentang salah laku aku. Tahu kenapa? Sebab aku kata “Standard should come from QA”.

Lantas bos aku ‘membetulkan’ aku. Standard yg melibatkan jig dan tools mesti datang dari Engineering. Maka aku ambil kesempatan untuk mendapatkan ‘clear statement’ daripada bos aku. “So, I boleh cakap kan, kalau QA nak ubah jig, mai jadi engineer lah!” tanya aku dalam nada separa berseloroh. “Sure! Boleh!” jawabnya tanpa lengah.

3. Buat perkara dengan betul pada kali pertama.

Sebab aku faham, kerja adalah amanah, aku lakukan perkara dengan betul. Disebabkan nak bekerja dengan betul ni, ramailah musuh kau di sekeliling. Tak apa, hidup bukan tentang orang lain kan. Lama-kelamaan, betul kau tu mereka akukan. 

Engineer, di tempat kerja aku adalah kepala untuk seluruh kumpulan. Kalau betul kepala, betullah badannya. InshaAllah. 

Dan selepas 3 tahun membetulkan keadaan yang menuju senget laksana graf roshutsumura, akhirnya musuh yang dahulu pun jadi kawan. 

4. Stand your point, firmly and bold!

...tapi, pastukan kau rendah diri. Engineer muda ni ramai je yang suka pelekeh. Hakikatnya, kita tetap ‘ahli’ dalam bidang sendiri. 

Nak buat keputusan untuk sesuatu yang berskala besar bukan sesuatu yang mudah. Banyak ‘kira-kira’ nak kena buat. Hakikatnya ramai jurutera yang pandai matematik bernombor, tidak pada yang berhuruf. Dan selalunya pengiraan untuk membuat keputusan perlu penaakulan. 

Hasil dari ‘ber-majlis-syura’ ini bolehlah stand your point and be bold. Berhujah untuk menang. 

Penutup : Nampaknya ini sajalah yang mampu aku fikirkan buat masa ini. Banyak lagi nak aku kongsikan, tapi mood nak menulis tak kesampaian.

Aku harap tulisan ini mampu membantu ‘orang baru’ untuk lebih berdaya saing dalam perkhidmatan menjadi jurutera ini. Semoga ada pahala dan bahagian aku dalam kerja baik korang.

No comments: