Friday, March 20, 2020

Travel-log : Jogjakarta, Indonesia.

01-Aug-2017.

Kami (Dekda, Ija & Aku) touch down to KLIA2 near to 2.00 am sebab flight from Penang delayed 1 jam lebih malam 31-Jul-2017. Sampai sana kami cari tempat untuk bermalam, tidur dan boleh charge action cam. Ha.. Sebelum tu kami singgah kat 'Family Mart' untuk makan dan melepaskan rindu di hati terhadap Jepun.

So, terus tidur beralaskan kain batik & sweater, lena! After subuh kami terus mereput sementara tunggu cik natt dan perlepasan antarabangsa. All things going smoothly, as normal. Tapi seminggu sebelum tu aku sendiri ada rasa tak sedap hati. Jarang bila nak travel ada rasa macam ni, so aku panjatkan doa pada Yang Maha Pencipta, lindungi kami Ya Rabb.

I enjoyed my window view =) Lepas dah 'Gear-up' lelap! Tapi kejap je, lepas tu ada sesi mengisi borang imigresen Indonesia sambil tu kami sembang dengan akak yang duduk di sebelah Ija. Guest what?? Kami langsung tak book kereta ke, pak supir ke (supir = driver).. Sebab? Sebab kami semua sibuk sepanjang masa. Aku punya jawapan kat akak tu, tengok lah macam mana nanti. Esok nak ke mana pun kami tak plan lagi.

Arriving at Adisutjipto Airport, kelam kabut. Even international airport, tempat tu kecil je. Hampir ke pintu keluar airport, Dekda making contact to Uber driver. Punyalah susah nak tunggu driver kat sini sebab mereka keliling kita kiri kanan depan belakang, within personal radius! Lepas tu, dok cakap belakang pasal kami book Uber, which is tak dibenarkan masuk ke kawasan airport.

Alhamdulillah, urusan kami dimudahkan. Our driver ni tolong carikan tempat nak beli sim card, siap offer untuk jadi driver kami sepanjang keberadaan kami di sini.

02-Aug-2017.

Kami siap-siap untuk check out. Sebenarnya tempat yang kami tinggal ni tak ada kelengkapan yang sesuai untuk kami. Tiada air panas, iron (barang ni sangat penting untuk perempuan OK!) We are going to check-in at The Grove Express Hotel.

Jadi, hari ini kami bergerak ke Borobudur Temple. Trust me, perjalanan kami berpusing sana sini sebab muka bumi di sini berbukit bukau but into the nature sangat!

Nak sampai ke puncak Borobudur ni, kita kena berjalan kaki. Ini kan tempat beribadah bagi Buddish, jadi kena berkorban sikitlah. Bagi muslim, kita pergi untuk tengok tinggalan sejarah dan memahami kejadian yang tuhan ciptakan. Itu sahaja..tiada kaitan akidah ye!
Selesai melawat Borobudur, kami teruskan pengembaraan berkereta ke Watu Lumbu. 

Oh, tempat ni lebih terkenal di kalangan warga tempatan. Kami singgah minum petang dekat Warung Amarta.  Pak Amarta tu ramah-tamah dan lawak mampuih! Banyak juga yang kami kongsikan, walau ada persamaan, tetap juga tak sama kan? Jadi, kita raikan perbezaan. 

Untuk datang ke sini, boleh google on google map, Kedai Amarta.
Warung ni terletak atas bukit, saujana sangat pemandangan dia. Rasa macam tengah shooting 'Into the wood' gituh! Terasa luasnya bumi mu tuhan. Tapi, untuk orang yang gayat, sila berhati-hati. 

Aku rasa sesuai untuk orang macam kami ni. Yang dibesarkan dalam bandar, kerja pula ulang-alik hadap kesesakkan lalu lintas kan. While in here, take your time to enjoy the view 😇
Siap minum petang, kami bergerak ke Pantai Parangtritis, tak jauh dari tempat tadi. Pantai ni berpasir hitam, ombak dia besar sangat, dengan angin kuat. Terbayang la tsunami tu macam mana.

Menurut Abi (pemandu arah dan pemandu kereta) pantai ni ada pantang. Masa mandi di sini, tak boleh pakai baju berwarna hijau. Bawa malang katanya, boleh mati lemas..scary!

Masa sampai sini dah nak maghrib, matahari beransur hilang. Kami pun bergerak pulang ke penginapan baru. Sebelum itu, kami singgah makan sate klatak, permintaan ahli rombongan ni. Aku tak berapa tahu pasal makanan dekat sini. Kawan-kawan yang lain ni sebab diorang follow movie Ada Apa Dengan Cinta, jadi banyaklah benda yang nak dikejarkan.

03-Aug-2017.

Hari ni Abi nak bawa kami ke Semarang. Tempat ni jauh sebenarnya, tapi perjalanan tu merentas bukit bukau dan hutan, masuk kampung yang dekat dengan gunung berapi lah, macam-macam pemandangan yang menarik, jadi tak rasa bosan.

Dekda dengan mangkuk sup!
Mula-mula kami singgah di kawasan Magelang. Tempat ini sejuk, macam Cameron Highland. Berkabus lagi. Kami rehatkan badan, maklumlah road trip memang memenatkan. Sempat makan bakwan tepi jalan. Dia macam bakso juga la. Makanan berkuah. Tengah sejuk-sejuk ni, memang sedap makan makanan bersup dan panas.

Tiba di pejabat Abi, kami minum sebentar kemudian cari ruang solat. Ha, sebelum terlupa, kebanyakan tempat solat di sini, tempat wuduk open air. Susah sikitlah untuk jamaah Malaysia muslimah yang biasa tempat wuduk bertutup.

Kemudian, Abi minta pekerja dia bawakan kami ke tempat wisata (perlancongan) di sekitar kawasan Semarang. Kami mulakan dengan melawat Kampung Pelangi Semarang. Lebih kurang macam Busan Gamcheon Culture Village di Korea. Kita boleh lah tengok masyarakat di sini punya kehidupan harian. Mesra rakyat, InshaAllah. Tapi, janganlah buat bising masa melawat kawasan ini. Rumah orang kiri kanan tau. Please silent!


Kami kemudiannya ke Sam Poo Kong, Chinese Temple. Banyak sebenarnya yang aku tak tahu tentang Jogjakarta ni. 😊 Seni bina bangunan ni superb!







Destinasi akhir, Lawang Sewu (Laman Seribu). Masa nak masuk sini, pekerja Abi ada pesan, masuk nanti jangan seronok sangat. Jangan tegur benda pelik-pelik. Kami patuh pada arahan. Bangunan ni dahulunya adalah ibu pejabat keretapi Belanda-India. Kalau tak silap lah. Dah nak balik barulah kami tahu bangunan tu haunted. It even stated in Google Earth.



04-Aug-2017.

Ke hutan pinus! Hutan ni penuh dengan pokok pine. Kami ke Hutan Pinus Asri, Bantul. Sangat-sangat nature tempat ni. Lagipun banyak hasil daripada pelajar universiti yang menyumbang di kawasan ni.

Maka, nikmat tuhan yang mana kah yang kau dustakan gituh!
Kemudian kami ke Pantai Indrayanti, Gunung Kidul. Di sini boleh nampak tebing tinggi, matahari terbenam dengan cantik sekali. Kami sempat solat di tepi pantai. Sukalah pantai ni! 

Tulis order pun dah macam meeting.






Sebelum pulang, kami singgah minum kopi di kedai yang katanya shooting scene AADC kemudiannya singgah di tengah bandar untuk melihat night life kota Jogjakarta ni.






05-Aug-2017.

Kami check out awal, bergerak menuju ke bandara (lapangan terbang). Sebelum ke sana, kami singgah kedai kuih Bakpia untuk di bawa pulang ke Malaysia.



Abi, Thanks for everything in Jogjakarta. Good to have you as our driver, tourist guide and friends. Who knows, you are actually the boss with many business and staff. May your effort count and success! Have a good rest too boss!! 😉

No comments: