Sunday, March 22, 2020

Travel-log : Sakura & Snow 2018

Baring atas padang sambil sakura gugur atas muka.
 Trip kami ada 4 orang : Aku, Rubi, Ija (sepupu ku yang sengal) dan Kak Uya. Trip ini aku dan Rubi sampaikan juga ke Hokkaido kerana Kak Uya. Dia nak sangat experience salji. Alhamdulillah, berkat doa dan rezeki dari Allah, kami dapat!

29-Mar-2018 : 
Kami bertiga (kecuali Kak Uya) berlepas daripada Penang International Airport (PIA) sekitar jam 1.00 am 30-Mar-2018, delay 1 jam daripada jadual asal. Buat pertama kalinya, aku rasa sakit hati naik kapal terbang sebab ramai penumpang daripada Tanah Besar China yang tak reti diam, bisingnya. Pengumuman pra-penerbangan berbahasa Melayu tak pun memecahkan kebisingan sedia ada. Tapi ayat "destinasi ke Kota Baghdad" itu buat kami gelak besar. Terima kasih kepada krew penerbangan untuk lawak yang sedikit menenangkan hati.

30-Mar-2018 : 
Selepas mendarat di KLIA2, kami meet & greet Kak Uya. Selepas itu, cari tempat berehat sementara. Belum pun masuk waktu Subuh, kami telah bergerak ke perlepasan antarabangsa. Jam 5.00 pagi, sesak! Selesai urusan imigresen, kami solat dan kemudiaannya terus ke ruang menunggu. Kami berlepas tepat jam 8.00 pagi waktu Malaysia, tiba di Kansai International Airport sekitar jam 3.00 petang waktu Jepun.

Kami teruskan perjalanan ke rumah host (AirBnB) di Nagai menggunakan Airport Skyline. Tiba di stesen yang terdekat dengan rumah kami, kami teruskan perjalanan. Tiba-tiba, 
Rubi : Aku rasa cam dah silap jalan! 
Aku : Cer tengok balik gambar yang tuan rumah bagi. Ikut rasa aku, tanda bangunan yang sepatutnya ada kat corner jalan tu dah kena roboh..
Kami : *Gelak nak nangis*

Alhamdulillah, kami berjaya sampai ke rumah.

Benteng pertahanan akhir sebelum memasuki pintu istana Osaka.
31-Mar-2018 : 
Bangun subuh awal, mandi pagi lambat, our kind of bercuti =) Sengaja keluar tidak terlalu awal, mengelak kesesakan rush hour. Destinasi pertama, Osaka Castle. 

Kami gunakan tren untuk ke sana, sepanjang perjalanan ku lihat pink! Sakura is full bloom on 1~2 April this year, kata orang lokal. Tapi hari ini pun dah penuh. Berbunganya hati. Masa makan pagi, kami duduk di bawah pokok sakura, macam hanami (sakura viewing) juga. 

Lepas makan, aku video call mak. Mak punya lah suka dapat tengok sakura! Seronok aku dapat kongsi my superb view during travel with my mom.

Kawasan Osaka Castle sangat besar. Memang bertabahlah nak sampaikan ke depan pintu istana. Kena pula sekejap-sekejap nak bergambar, sampai mata dah tak boleh pilih bunga mana nak posing sekali. Kami pulang ke rumah menjelang petang, masak dan makan malam di rumah.

01-Apr-2018 : 
Kobe Mosque
Hari ini perjalanan kami jauh! Ke Kobe kita. OK, dia ada masjid tertua di Jepun. Itu yang kami cari sebenarnya. 1 jam perjalanan, kami terus ke tourist counter sebelum meneruskan perjalanan. Dengan berbekalkan peta, kami bergerak menuju ke Masjid Kobe.

Tapi kami tersesat tetttt! Dalam rasa nak give up tu, kami bertemu dengan taman bunga yang direka khas. Siap ada jam besar lagi. Kesudahannya, berpandukan Google Map, kami berjaya sampai ke Masjid Kobe. Istirehat sementara menunggu Zuhur untuk bersembahyang di sini. Haa..kami jumpa ramai muslim di sini, mesra! Kecuali orang dari negara sendiri, Malaysian...come on! nak senyum pun susah. 

Sorakoen
Selesai solat, kami makan di restoran halal berdekatan. Hati-hati masa pesan makanan sebab di sini portion makanan agak besar. Nanti membazir pula, sebaiknya tanya portion besar atau kecil. Anda bernasib baik kalau dapat pelayan yang faham bahasa Melayu ataupun Indonesia.

Dah kenyang terlebih, kami menghala jalan pulang. Sebab hari masih panjang, kami singgah dahulu Sorakoen. Cantik tempat ni! Taman jepun di tengah-tengah bangunan percakar langit.

02-Apr-2018 : 
Sakura di sepanjang Philospher's Path
Kami awal pagi ini, nak ke Kyoto. Dari Nagai, kami ke Osaka Station. Dari situ, ambil Limited Express Train untuk ke Kyoto Station. Perjalanan yang panjang, dekat 2 jam, all the way kami berdiri sebab seat penuh! Tiba di pintu keluar Kyoto Station, aku terpandang Kyoto Hotel Tower. Tapi, orang terlalu ramai. Struggle tau nak cari bss. Saja ambil bas, dapat tengok pemandangan bandar di sini. Sakura di Philosophy Path. Laluan dia panjang amat, sampai ada rasa penat tengok sakura!
Bamboo Forest

Kemudian kami ke Bamboo Forest. Tempat ni berhajat nak sampai sebab menonton Rurouni Kenshin. Tempat ni menarik, hutan buluh yang cantik. Walaupun kat belakang rumah kampung banyak pokok buluh, tapi tak lawa macam kat sini..hehehe. Sadly, punya susah nak bergambar sebab orang terlalu ramai. Ingatkan bukan hujung minggu lapang, rupanya tidak.

Sempat Ija dan Kak Uya solat dalam taman menghadap pokok sakura. Perut pun dah lapar, kami kembali ke stesen untuk beli makanan dan alas perut. Train dari sini special edition. 1 gerabak sahaja, laluan sempit, kiri kanan rumah orang. After 1 stop, kami turun untuk ke JR stesen menuju ke stesen Kyoto. Rupanya dekat saja kalau travel by train. Dari Kyoto, kami direct train ke Nagai.


Adat melayu : Lapik kain batik..k!
03-Apr-2018 : 
Sepatutnya hari ini kami ke Nara, namun disebabkan semalam adalah hari yang sangat panjang dan memenatkan, esok pula nak terbang ke Hokkaido, kami batalkan hasrat ke Nara. Risau penat, esok gagal tepat waktu ke airport. 

Jadi, kami menghabiskan masa di Nagai. Kami ber-hanami di Nagai Stadium Park. Melepak sakan, hirup udara segar, beramah mesra dengan orang sekitar. Benarlah orang Osaka memang ramah. Ada juga nenek-nenek yang tegur kami, minta hati-hati sepanjang kami berada di sini. Thank a lot for the reminder.


Pemandangan dari koridor rumah masa awal pagi
04-Apr-2018 : 
Kami bergerak ke Kansai Airport Terminal 2. Dia macam LCCT kita lah (kalau ada yang tahu). Kami tiba di Hokkaido sekitar jam 1.00 ptg. Kami ke Sapporo daripada Chitose Airport dengan bas. Murah, it take time, boleh lah berehat dalam perjalanan nanti.

Unexpected things happen! Email Rubi tak boleh login, mungkin disebabkan oleh pertukaran Mobile Provider. Aku pernah jadi sekali masa dekat Seoul. Jenuh juga kami retrieve. Tapi Rubi pernah duduk di sini dahulu, dia pandai juga lah baca alamat rumah. Berpandukan nombor sistem grid, terpaksalah kami membuta ikut sebelum separuh gaduh untuk sampai ke rumah baru kami.

Alhamdulillah sampai. Sempat cari makanan sikit, kami lepak di rumah sahaja. Maklumlah sejuk, kemalasan berganda. Hanya Rubi dan Ija yang turun ke bawah untuk ke kedai. Rumah kami di tingkat 8. Tinggi yak mat! Security system dia macam dalam drama jepun yang canggih-manggih tu. Kelengkapan rumah, super lengkap. Sampai boleh mandi sambil menonton TV. Over kan? 

05-Apr-2018 : 
We are going to Otaru. Di sini kebanyakan masa travel by subway sebab sejuk sokmo sokmo! Dari Sapporo ke Otaru, kami gunakan train. Train agak penuh, jadi kami berdiri. Biarlah makcik, nenek saja yang duduk.

Otaru Canal
Cuaca sejuk membeku. Terasa memang salah dress code pun ada sebab pakai sweater dan baju heat tech sahaja. Winter jacket tak bawa sebab pagi tadi rasa tak berapa sejuk. Sekali..Otaru sejuk lain macam! Kami melepak di Otaru Canal. Oh, by the way, Otaru ni dekat dengan laut. Dengan suhu sekitar 5ᣞC dan angin laut menderu, rasa macam nak duduk di situ sahaja tanpa bergerak ke mana-mana.

Kami kemudiannya bergerak mencari Otaru Orgel Museum. Tempat ni besar okey! tapi menarik sangat, penuh dengan music box. Dah penat pusing-pusing dalam bangunan ni, kami decide untuk pulang ke Sapporo. 


But, sebelum tu, kami singgah makan di kedai sushi. Kelakar juga bila chef dan staf kedai cuak, takut kami tak suka makan. Sekali tengok kami pegang chopstick, terus derang lega. Siap bertambah! Great dish guys.
Perut dah terisi, kami bergerak pulang. Dalam train bergelak sakan, tak jadi nak tidur. On the way balik rumah, kami singgah beli barang. Sampai Sapporo dah lapar balik...hahaha.

06-Apr-2018 : 
Kami niat nak jalan-jalan di sekitar Sapporo saja. Lewat juga kami keluar. Masa nak keluar rumah, Eh! Aku jerit, "Kak Uya!!! Cepat tengok luar". It's snowing! Alhamdulillah, a long wait for Kak Uya. Aku pun setuju nak sampai ke Hokkaido pun sebab Kak Uya nak jumpa salji. Ha..menitis air mata syukur kau! Terima kasih Allah for such as experience to me. Bahagia dapat tengok orang lain seronok.


Kami mula-mula gerak carikan kain untuk mak Kak Uya. Dari situ melarat ke kain Kak Uya, kain Ija =). Orang perempuan dengan shopping kain, payah berenggang weh! Aku, Rubi teringin juga, tapi duit kami dah takk berapa nak selamat, Rubi cadangkan kami simpan untuk keselamatan bersama.

Dah siap shopping kain, kami berjalan ke Hokkaido TV Tower. Lepak sambil bergambar tapi tak boleh lama sebab salji tengah turun masa tu. Lama-lama jadi basah.

Next pit stop is Clock Tower. Antara bangunan lam yang dikekalkan di tengah-tengah bandar nan moden. Tak padan dengan sejuk, kami boleh lagi berdiri bergambar kat situ.


Our next station is Hokkaido Daigaku (Hokkaido University). Tempat Rubi belajar dahulu. Masa nak ke sini, kami terjumpa The Red Building, mainly used by The Government. Sempat singgah ambil gambar sahaja. Kebetulan masa itu ada kempen apa entah, so police penuh di situ.


Jenuh juga nak menyampaikan ke tempat Rubi ni rupanya. Memang penat berjalan. Luas sangat tempat ni. Kami habiskan banyak masa di Hokkaido University Museum. Macam masuk tempat pameran pendidikan, tapi content yang dipamerkan tu padat. I enjoyed it! Daripada kajian orang 'asal', bahasa, haiwan kuno, sampailah kajian gelombang, rocket dan kerjasama dengan NASA. Pendek kata, universiti yang menyumbangkan kepada masyarakat. That's what univeristy should do.


07-Apr-2018 : 
Bangun lambat, lepak di rumah saja hari ini. Kami belajar buat onigiri, buat sushi di rumah, diajar oleh Rubi. Seronok! Petangnya, kami turun dari rumah untuk ke Toyohiragawa. Ambil angin petang, berlari dan bergelak tawa. Di tepi sungai ni banyak lagi salji. Sempatlah kami main perang salji.

08-Apr-2018 : 
It's final day in Hokkaido. Kami bergerak awal, target first train untuk ke airport. Malam tadi salji turun lebat. Putih terus darat ini. Alhamdulillah, pemandangan pagi ini cantik sebab kami naik first train, kesan salji nan putih kelihatan apabila train membelah laluan.

No comments: