Saturday, May 02, 2020

Travel-log : Tokyo, Japan 2016 - bahagian 2

23-April-2016

Ruang solat, Tokyo Camii
Hari yang tenang. Paginya seperti biasa, bermalas-malasan. Dah siap-siap, kami perlahankan langkah meneliti alam sekeliling. Eh, pokok sakura! Ya, sakura jenis double layer. Kalau ikutkan sebenarnya musim sakura sudah pun berlalu. Sakura boleh didapati sekitar hujung Mac hingga awal April dalam tempoh seminggu. Kalau ke Jepun hujung April, jumpa bunga-bunga lainlah, sakura dah habis.

Kami kemudiannya berjalan kaki untuk ke stesen Tama Center. Hari ini rancangnya nak ke Tokyo Camii, Shibuya, Shinjuku dan Harajuku. Dari Tama, kami menaiki tren Odakyu menuju ke Yoyogi-Uehara Station. Sampai saja di Yoyogi-Uehara ni, kami singgah membeli makanan di dalam kedai yang bersebelahan dengan tempat turun tadi.

Pada mulanya, kami hampir tersesat sebab GPS di smartphone not so smart, kami melawan arah. Then, ada satu kumpulan muslimah Indonesia yang ramah bertanya kepada pemuda Jepun yang kebetulan lalu di situ. Maka, kami pun turut serta mereka. Mengekori dari belakang.

Tiba di Tokyo Camii, kami melalui ruang pameran berkenaan Islam dan budaya Turki sebelum mencari arah untuk mengambil wudhu dan solat. Wudhu perempuan di tingkat bawah, ruang solat di tingkat atas. Masa aku tengah ambil wudhu, ada seorang anak perempuan Jepun sedang ambil wudhu, siap sekotak kertas tisu di tepi. Korang akan faham kalau korang dah biasa dengan Jepun. Diorang tak boleh basah-basah ni. Aku tersenyum.

Selesai solat, aku perhatikan ruang solat yang cantik dengan senibina Turki ini. Sesekali terdengar suara saudara baru yang sedang belajar membaca Al-Quran, bersungguh. “Dear you, I wish I could meet you here!” bisik hati aku. Aku dan Ija kemudiannya bergerak meninggalkan ruang solat, keluar dari bangunan ini. Di luar, ramai orang Jepun yang datang ke sini untuk melawat dan mencari tahu tentang Islam.

Kami meneruskan perjalanan ke Shibuya. Mencari crossing tersibuk di dunia. Jenuh juga berjalan kaki, tapi seronok. Merepek sambil berjalan suka hati, hampir sesat, antara benda indah kalau dibuat semasa travel 😅 Tiba Shibuya Crossing, kami cuba melintas lintasan yang dimaksudkan. Punyalah ramai orang, padat. Rehat sebentar di dalam bangunan sambil melihat kesibukan crossing, sempat makan onigiri.



Hentian seterusnya ialah Harajuku. Main attraction di sini ialah Takeshita Street, alah tempat yang banyak orang pakai cosplay tu. Tapi hari ini super padat, dengan stesen tv buat casting di pintu gerbang jalan ni, dengan orang offer ‘free hug’, kami hanya tergelak sesama sendiri. Lain macam orang Jepun ni. Muna ada info tentang kedai aiskrim diamond yang sedap tu, tapi pembeli yang beratur tu punyalah panjang, kami batalkan niat untuk mencuba. Beli aiskrim di Family Mart sudah lah.

Kami berjalan pula ke Shinjuku. Di sini letaknya Tokyo Metropolitan Building. Kebanyakan pusat bangunan di sini adalah pusat pentadbiran. Kami rehat sebentar menghilangkan penat sementara menanti waktu senja. Cadangnya nak melihat matahari terbenam dari tingkat 45 bangunan Tokyo Metropolitan Building ni. Nak masuk bangunan ni percuma tetapi pemeriksaan keselamatan tahap tinggi, maklumlah pejabat kerajaan kan.

Selesai sunset, kami pun turun untuk pulang ke rumah. Moh kite..

Tiba di rumah, kami bercerita dengan Muna tentang sakura yang kami jumpa tadi. Diyana, kawan Muna yang kebetulan ada di situ mengeluarkan koleksi sakura miliknya. Dia sedang buat kajian tentang Sakura Energy. Rupa-rupanya sakura ada banyak jenis. Siap ada warna hijau muda, tapi baunya sedikit tengik. Sakit hidung.
Observation Deck, Tokyo Metropolitan Government Building 
24-April-2016

Selepas subuh, aku ambil masa merenung sekeliling perumahan dari balkoni. Sunyi, penuh warna natural. Bau Jepun, bunyi suasana Jepun di pagi hari, sayup. Hari ini dah nak balik Malaysia.

 Kami ke Yodobashi Akiba, 1-stop center untuk jualan barangan elektrik. Tempat ini letaknya di Akihabara.

Niat asal nak beli jam Casio G-Shock, tapi bila cuba di tangan, aku rasa terlalu besar. Sudahnya aku beli sahaja Casio Baby-G. Ija pun ada beli jam juga. Sebelum pulang, kami shopping coklat untuk dibawa pulang.

Dari stesen Akihabara, ada tren limited ekspress. Kebetulan waktu kami nak pulang ke rumah tu, ada tren jenis ni. Jimat sedikit masa sebab tren tak berhenti di semua stesen.

Di rumah, kami rehat sekejap, packing balik semua barang. Siap makan dan solat, kami bersedia untuk bergerak ke lapangan terbang. Kebetulan, dalam perjalanan ke stesen, Muna tumpangkan kami dengan keretanya ke stesen. Siap tunggu kami selesai naik bas. Terima kasih Muna, hanya Allah yang layak balas budi mu. Semoga perjalanan doctorates kamu berjaya!

Kami tiba di lapangan terbang jam 7.30 malam, penerbangan kami dijadualkan jam 11.45 malam. Masa berbaki, kami habiskan bekalan buah anggur dan strawberry, kemudian solat. We departed as scheduled dan tiba di Malaysia subuh 25-April-2016.
***

Aku masuk kerja pada 26-April-2016. Soalan pertama daripada Maniwa-san ialah “jumpa tak boyfriend?”. Aku rasa nak sekeh je kepala bos aku nih! 😅

Ketika ini, aku betul-betul rasa rindu pada Tokyo. Entah kenapa, mungkin sebab Tama yang tenang dengan kejiranan yang mesra termasuk ‘makcik bawang’ yang selalu bergosip selepas buang sampah di bawah. Aku teringat juga pada nenek yang cuba-cuba sembang dengan aku masa tengah naik tangga 3 kali henti sebab sakit pinggang. Malangnya, aku dan Ija yang ketinggalan. Nenek tu laju je 😂

Dear you, I wish I could meet you there!

No comments: