Friday, May 01, 2020

Travel-log : Tokyo, Japan 2016 - bahagian 1


Ini adalah major throwback untuk perjalanan ke Tokyo kali pertama atas nama ‘bercuti’ kira-kira 4 tahun yang lalu. Selepas daripada itu, aku ke Tokyo mesti disebabkan jadi tour guide lah, bos suruh bawa anak buah makan ayam halal lah, sampai tak sempat pun nak singgah rumah bakal mak mentua 😅. Sorry tau mak mentua, ada jodoh kita jumpa!

Besempena dengan PKP yang dilanjutkan ini, dapatlah aku tuliskan kisah ini buat bacaan korang jugak. Maklumlah dengan pergerakkan yang terbatas ini, travel throwback bagi sedikit ruang luas dalam kepala.

Aku berharap sangat dapat ke sana lagi di masa akan datang.

Jalan utama untuk ke rumah Muna. Hijau kan?

20-April-2016
Kuala Lumpur.

"Adik kena lari sikit ni tau. Platform 10 tu jauh. Takut tak sempat sampai nanti gate close pulak", pesan kakak petugas di Check-In Counter AirAsia.

Kami menganguk tanda faham. Jam di tangan 12.45 tengah hari. Selesai pemeriksaan kastam, kami jalan laju. hampir berlari. Tiba di Custom Clearance Check, ramainya manusia! Alhamdulillah, cepat.
Kami kemudiannya menyambung perjalanan kami dengan berlari.

Kami tiba di Platform 10 jam 1.19 petang. Nak tahu? gate open at 1.20 PM. Orang lain dengan tenangnya masuk ke waiting area, aku ni dah peluh-peluh macam hape entah. Mencari seat untuk duduk, kami berdua lawan gelakkan sesama sendiri sebab terasa kena game dengan kakak AirAsia tadi.

Dalam kapal terbang, seat aku dan Ija terpisah sfedikit jauh. Aku 33F, Ija 36F. Kebetulan seat di kiri dan kanan aku kosong, aku panggil Ija untuk duduk dengan aku. 1 row seat tu, kami yang punya. Kami banyak habiskan masa dengan tidur bertongkatkan kepala. Dah puas tidur, kami enjoy pemandangan matahari terbenam dari atas awan yang tinggi ini. Bukan Ija je, aku pun excited sama.
Padahal Ija yang kali pertama terbang ke luar negara.

Haneda, Tokyo.

Pekat malam, kami kini bersedia untuk mendarat di Lapangan Terbang Haneda. Tiba-tiba ada turbulent air yang teruk, jauh juga flight ni descending. Selamat mendarat, benda pertama nak cari, tandas!

Kita semua sedia maklum, Jepun punya tandas sangat bersih kan? So, tandas yang aku masuk ni siap ada light sensor check untuk pastikan betul-betul bersih.

Dah siap ke tandas, dahaga lah pulak. Kami cari water cooler, kebetulan berdekatan. Jenuh kami menganga, air tak keluar juga. Lenguh rahang dibuatnya. 
"Jap, mesti ada cara macam mana nak minum air kat water cooler ni" kata aku, merenung mana-mana sensor kalau ada.
"Eh, dia tulis push kat sini" kata aku sambil menekan butang PUSH, dan air pun keluar. Bantai gelak sampai sakit perut berdua di situ. Ingatkan auto, sekali tidak!

Dah puas gelak, kami pun menyusur masuk ke kaunter kastam Jepun. Panjangnya barisan. Kami menghubungi Muna, host kami untuk makluman yang kami dah pun tiba di Tokyo. Kami akan ke rumahnya esok pagi. Jepun, walaupun canggih, bandarnya di malam hari tetap sampai jam 12 tgh malam sahaja. Tidak seperti di Malaysia.
Dandelion, jenuh tiup!

Kami kemudiannya ambil keputusan untuk solat dahulu. Di Haneda Airport, ada surau. Tapi sentiasa berkunci. Macam mana nak guna? Senang, tekan butang intercom di tepi dinding, nanti ada petugas akan jawab. Lepas itu cakap “I want to use this prayer room” dekat intercom tu. Nanti petugas akan auto unlock prayer room ini. Bilik ini tidak lah besar sangat, lebih kurang untuk 3 orang solat dalam satu masa sahaja dan paling penting, jangan tidur di dalam ini ya! Orang lain pun nak guna juga.

Selepas itu, kami jalan-jalan tengok kawasan sekitar. Alhamdulillah, kami berjumpa dengan machine untuk keluarkan password untuk traveller guna free WiFi di Jepun. Mula-mula scan passport di kiosk Travel Japan Wi-Fi. Dah siap scan, mesin akan keluarkan resit yang di dalam tu ada password. Dengan jenis connection yang bermacam, we are now connected!

Sementara menunggu hari esok, kami tidur sahaja di ruang ketibaan. Kerusi panjang banyak disediakan. Tempat mandi pun ada, tapi berbayar. Solat subuh jam 3.20 pagi! Nasib baik terjaga, sebelum tidur terlupa nak semak waktu solat subuh di sini.

Wisteria
21-April-2016

Sekitar jam 7 pagi, aku dan Ija pergi beli sarapan pagi sebelum mencari tiket bas untuk ke Tama Center. Ha, masa ni jugak lah aku inform Arai-san yang aku dah pun selamat mendarat di Tokyo. Pantas dia membalas “Nak ke mana hari ini?”. “Nak ke Tama Center dulu, sambung tidur!” jawab aku. Oh ya, Arai-san faham ke rumah siapa aku tuju kalau ke Tama Center.

Ija yang pertama kali merasa makan onigiri mulanya curiga dengan aku. “Sedap ke Kaklong? Ko betul-betul la..” punyalah tak percaya yang onigiri tu sedap. Bila dah makan, hari-hari lah onigiri. Dah aku pula bising “Ko hari-hari pun onigiri eh? Makan la benda lain sama” kata aku memberi cadangan.


7.25 pagi, kami memulakan perjalanan ke Keio Tama-center Station. Dalam bas, kami hanya meleparkan pandangan ke luar. Melihat pemandangan sekitar dan aktiviti masyarakat di awal pagi. Yang paling aku rindui, suasana tenang di pagi hari. Tempat aku pagi-pagi lagi dah havoc!

Tiba di rumah Muna, dia siap sediakan makan pagi. Rajinnya lah. Sempat sembang dan berkenalan dengan Ija, Muna terpaksa tinggalkan kami untuk ke universiti. Terima kasih Muna!

Lepas makan, terus mandi dan sambung tidur! OK, mai jauh-jauh ni nak tidoq! Hahaha.. sebab I think, I am returning home, so masuk rumah memula kita tidur la dulu! Petangnya kami keluar berjalan di sekitar kawasan rumah. Hujan renyai, kami tak lepaskan peluang menggunakan payung jernih yang popular di sini.

Azaleas 🌺 
22-April-2016

Selesai solat subuh, aku tak mampu nak buka mata. Makanya, Muna juga lah yang masak sendiri. Kami berdua ni letih macam hape entah. Mungkin sebab badan tengah nak adjust dengan keadaan sekitar. Pagi ni Muna masakkan nasi lemak. Syukur, beras yang aku bawa dari Malaysia boleh di makan bersama-sama. Siap bekal untuk tengah hari tau!

Aku dan Ija keluar rumah dah pukul 10 pagi. Terus menonong ke Tachikawa menggunakan Yamanote  Monorail. Rupa-rupanya besar amat taman bunga Tachikawa ni. 5 jam tak cukup untuk kami. Rasa nak repeat datang taman ni.

Tulips 🌷 
Koleksi tulip kemain penuh hah! Lepas tu kan..kami terjumpa MatsuJun! Kulit muka dia punyalah licin. Dia macam cover juga lah, tapi senyum je dekat kami. Penat berjalan, kami singgah di pondok yang disediakan untuk makan, kemudian solat zuhur dan asar dalam taman. Ya Allah, macam tengah solat dalam taman syurga 🥰

Iceland Poppy
Masa perjalanan pulang, ada seorang pak cik Jepun ni macam dok tengok-tengok kami. Aku tak bertegur pun. Sekali masuk dalam train, duduk seat sebelah.

“Where you come from? Malaysia?”, tanya pakcik tadi. English dia boleh tahan.
“Yes” jawab aku tersenyum.
“Which part of Malaysia? Kuala Lumpur? Penang?”, tanyanya berminat.
“We come from Penang” aku pulak yang excited kali ni.
“Uso! Are you sure?” tak percaya yang kami dari Penang.
“I have visited Penang. Previously I stayed in Thailand” katanya lagi menyambung perbualan.

Perbualan kami banyak berkisarkan budaya dan cara hidup orang Jepun dan Malaysia. Dia nasihatkan aku melawat jugalah Osaka, Hokkaida, katanya Jepun ni lain tempat, tarikannya.

Mesin tambah nilai PASMO
Oh ya, bagi yang tertanya-tanya, kami tidak membeli sebarang jenis travel pass buat masa ini. Aku sememangnya berniat nak beli kad PASMO memandangkan akan kerap berulang-alik ke Tokyo tapi Muna bagi pinjam kad dia. Katanya masa parent dia datang hari tu, dia beli kad ni dan belum lagi nak dijual semula. So, kami gunakan kad ini, cuma kena tambah nilai. JR Pass dan seangkatan dengannya ni sebenarnya berbaloi beli kalau kita memang dah rancang nak rentas banyak kawasan dengan menggunakan tren yang menggunakan fasiliti JR (Japan Railway). Untuk pengetahuan, di Jepun ni banyak syarikat swasta yang memberi perkhidmatan tren ni dan dibezakan oleh warna. Kalau JR warna hijau.


Masa on the way pulang ke rumah, kami singgah di mart untuk membeli bekalan makanan. Macam-macam ada.  Kami cari minuman coklat Van Houten, yang ni rasa dia coklat amat! Sedap!! Lepas tu tengok aiskrim Haagen-Dazs matcha, murah, apa lagi rembat. Kalau di Malaysia beragak juga nak beli, di sini kami main sebat sahaja. Harga dua barang ni tak sampai pun 500 yen.

Lepas tu kami cari salad dan beberapa jenis makanan Jepun tang lain, InshaAllah halal dimakan walaupun tiada logo halal. Yang pasti, kena tengok bahan-bahan yang digunakan. Kebanyakannya ada tulis allergies information, ini termasuk kandungan babi.


No comments: