Monday, March 23, 2020

Fun fact! Apa yang boleh saya cari di Jepun

Assalamualaikum.

Setelah lebih 4 kali ke Jepun (Tokyo, Chichibu, Osaka, Sapporo), aku rasa nak kongsi fakta menarik tentang Jepun.
1. Orang tua mereka sangat ramah. Orang tua tau. Orang muda dia acah cool 😎. So, let them be!
Bila orang tua tegur, walaupun tak paham, senyum aje lah.

2. Semasa travel, kebanyakan masa kita akan guna kaki. Maka berjalanlah dan sekali-sekala tengok bawah juga. Anda akan dapati manhole cover yg ada di atas jalan cantik. Selain itu, boleh juga hilangkan rasa bosan sementara struggle ke destinasi.
3. Tiket keretapi JR (Japan Railway) boleh disimpan untuk kenangan. Ha, tapi bukan senang-senang je simpan tau sebab masa nak keluar daripada stesen, kena masukkan tiket di pintu keluar. So, apa nak buat? Pergi ke pondok ataupun kaunter JR, minta pegawai bertugas untuk chop ‘Sebagai kenangan’ macam dalam gambar di atas. Nanti masa nak keluar stesen, cari pintu yang manual. Tunjukkan tiket tadi kepada pegawai. Siap!

4. Saya tahu benda ni dah lama, tapi tak pernah buat sepanjang travel di Tokyo. Jadi, masa travel di Osaka, saya cuba. Kumpulkan stamp di setiap stesen train atau di kawasan tumpuan pelancongan. Menarik! Pastikan anda bawa buku bersama. Good luck 😉
5. Tak macam tahun 2015, kebanyakan tandas awam di Jepun dah ada bidet (ada air) walaupun di stesen kampung. Jadi, tak perlu risau. Tapi kalau tak tahu guna, kena risau juga lah kan? Jadi, baca walaupun tak faham sebab biasanya ada lukisan.

No comments: