Tuesday, March 24, 2020

Kisah kuli ke Jepun : 3rd Round


April 2018 

Setelah 2 minggu pulang ke tanah air daripada trip sakura dan salji, aku dan Rubi sekali lagi terbang ke Jepun. Misi kali ini ialah final meeting untuk membawa pulang model shutter baharu EC811. Untuk info : EOS M6 Mark II (Mark adalah petunjuk kepada generation update)

***

23-Apr-2018, Kami (Aku, Rubi, Chan, Kamal dan Maniwa-san) berangkat dari KLIA dengan pesawat MAS menuju ke Narita International Airport, Japan. Kami tiba di sana pagi, 24-Apr-2018.
Tiba di airport, seperti biasa, pemandu teksi yang sama sedang menunggu ketibaan kami. Kami terus di bawa ke Chichibu. Singgah sebentar di RnR sebelum meneruskan perjalanan. 
Menghampiri Kawasan rumah yang bakal kami duduki,
Maniwa-san : Dalila-san, no need to report to CEI member na! Just now received information from office said no body could come here for confirmation.
Aku : OK.
Maniwa-san : Only inform to Mama-san na!
Aku : OK..but production team said Mama-san may not in the house. Just go in!

Shibazakura Festival, dia ada setiap tahun.
Tiba di rumah, Mama-san tersenyum menunggu kedatangan kami. Macam mak-mak tengah tunggu kepulangan anak gitu.
Aku : Are? They said you are not around…
Mama-san : Already finish. Dalila-san, Su-san already cook for all. Please eat. Then have a rest.
Aku : Hai! But after this we want to go to Shibazakura.



Shibazakura

Bunga tulip pun ada.
Siap makan dan berehat sebentar, kami memulakan perjalanan ke Hitsujiyama Park lokasi Shibazakura Festival. Shibazakura adalah sejenis sakura di atas tanah. Asalnya kami nak berjalan kaki sahaja ke sana, tapi setelah dipujuk, Mama-san hantar kami dengan kereta.
Lama kami pusing sana-sini melihat keindahan Shibazakura, tiba-tiba nampak satu kelibat yang sangat kami kenal. Maniwa-san dengan isterinya. Lama juga kami bersembang bertegur sapa sambal isteri Maniwa-san menyakat nak bergambar dengan Chan.

Malam, kami berkumpul dengan Production Team yang sudah berada di Chichibu sekitar sebulan yang lalu. Macam-macam kisah nak dikemaskini.
Kak Su : Dalila, hang tau dak. Jig yang hang mintak depa buat, tadi baru Arai bagi. Kak Su kata kat dia, tak OK. Susah. Hang tau dia jawap apa?
Aku : Hurm? Dia kata apa?
Kak Su : Later Shimada-san sad na…
Kami berdua : (Gelak besar)

***
25-Apr-2018
Hari pertama. Menurut Maniwa-san, sampai di kilang, jangan masuk pejabat lagi. Tunggu sehingga dia sampai. Jadi, sementara menunggu Maniwa-san tiba, kami berempat melepak di ruang menunggu tepi kantin. Jam sekitar 7.50 pagi, kami bergerak ke pejabat utama. Biasanya Maniwa-san sudah tiba dalam waktu begini.
Seperti biasa, designer akan tiba lebih kurang jam 10 pagi. Maniwa-san ambil kesempatan bawa kami semua melawat kawasan kilang. Baru bagi Rubi dan Kamal. Aku dan Chan sudah biasa. Lokasi terakhir, kantin. Bilik mesyuarat yang sebelum ini dalam proses penambahbaikan siap. Sambil bersembang, aku buka pintu keluar menuju ke pejabat utama.
Sekiya-san : Ohaiyo gozaimasu…(sambil lalu selesai menaiki tangga, kemudian menoleh semula)
Sekiya -san : Dalila-san desu ne?
Aku : Hai! Ohayo gozaimasu, Sekiya-san.

Opening meeting bermula selepas jam 10 pagi. Sekiya, Kawakubo, Arai, Shimada mewakili CEI. Kamal, Chan, Rubi, Dalila (aku lah tu), Maniwa mewakili CEM. Kami ada 2 model shutter untuk dibawa pulang.
Sesi perkenalan bermula. Tiba giliran Sekiya,
Maniwa-san : Sekiya-san, Dalila-san shiteiru ne? (Translate : kenalkan Dalila?)
Sekiya-san : Hai! So desu.
Maniwa-san : De, ano kata wa? (merujuk kepada Chan)
Sekiya-san : Hurmmm..(seperti tak kenal langsung)
Maniwa-san : Chan-san dayo! Last year November already meet na!
Kami : (Gelak berjemaah)
Arai-san : Sekiya-san only remember woman na. Man wa chotto...(sambil tersenyum)

Kemudian tiba giliran Shimada-san, jurutera kedua-dua model, K433 (EOS R) dan EC811 (EOS M6 Mk II).
Shimada-san : K433 to EC811 no engineer, Koichi Shimada desu. (Menunduk sedikit, kemudian menghadap muka kepada aku) Ojiisan desu!
Aku : (Terus tutup mulut tahan gelak. Aku lah yang dok panggil dia Ojiisan kebelakangan ini sebab kes dia tertinggal cable dalam parcel. Parcel pula dah selamat tiba di Malaysia. Dah kerja aku pulak kena selongkar parcel kalau-kalau ada, malangnya tidak.)
Maniwa-san : Ojiisan? Why..why?
Shimada-san : I have 2 granddaughter..
Maniwa-san : I have 5 grandson. More Ojiisan than Koichi naa..

***

26-Apr-2018
Kami habiskan kerja dan closing meeting pun bermula.
Arai-san meminta Shimada-san untuk turut serta di dalam kumpulan kami. Shimada-san mahu ke kumpulan satu lagi. Isyarat tangan, belah badan oleh Shimada-san buat kami gelak kecil. “Awak dah boleh diharap, tak payah lah saya masuk” ujar Shimada-san kepada Arai-san.


A cloudy Mount Buko dari tingkap bilik.
Selesai closing meeting, Shimada-san datang kepada kami, sambil tengok meeting minutes, dia setuju untuk semua point.
Shimada-san : Dalila-san, ganbatte kudasai.
Aku : Ganbarimasu.
Shimada-san : Ne, ashi itakunai no? (Translate : Tak sakit kaki ka?) (Di sini kerja berdiri walaupun di dalam pejabat. Di Malaysia, kami duduk.)
Aku : Itakunai. Ei, nande? (Translate : Tak sakit. Kenapa?)
Shimada-san : Itai naa..(sambil membengkokkan kaki. Fahamlah orang tua dah menjangkau 50 tahun, mana larat nak berdiri lama)
Aku : Eee..Supaaman jyanai no? (Translate : Eh, bukan ke Superman?)
Shimada-san : Unn… (sambil menggelengkan kepala). Dalila-san supaawoman jyan!
Aku : Iie..wondawoman desu. (Merujuk kepada selalu sangat wonder, semua benda nak tahu)
Shimada-san : (Gelak) Wonder Girl desho.

Setelah pulang ke rumah, kami sibuk masak-masak. Malam ni nak dinner dengan rakan-rakan Production CEI dan juga bekas GM kami, Nakatani-san.

***
27-Apr-2018
Kami depart daripada Narita airport pagi, dan tiba di Malaysia sebelah malam. Penat tau travel 2 hari dalam flight, masuk kerja pun 2 hari saja. Travel penat lagi dari kerja.

No comments: