Friday, March 27, 2020

Kisah kuli ke Jepun : 2nd Round


***Akhir Oktober 2017***


Bos tanya, “kalau syarikat hantar kamu ke Jepun kali ini, apa yang kamu perlu untuk ke sana?”. “Tiket penerbangan saja lah”, jawab aku ringkas.
Bos sambung soalan, “Passport, Jaket musim sejuk dan keperluan lain?”. Aku senyum, “Dah lengkap semua. Pasport hidup lagi”, jawab aku pantas.

***November 2017***

Lebih kurang jam 2 petang, aku minta tolong adik hantarkan aku ke Penang International Airport. Penerbangan aku jam 6 petang sebenarnya. Aku tengok langit makin gelap, sementara tengah elok, baik cepat-cepat bergerak ke airport. Lagi pun nak masuk Penang susah sekarang ni, sesak. Masih dalam perjalanan, hujan mula membasahi bumi. Lebat. Tiba di lapangan terbang, aku masukkan lebihan barangan yang dipesan oleh production team ke dalam luggage milik Maniwa-san. Beg aku dah penuh.

Kami sepatutnya terbang ke KLIA jam 5.50 petang, tapi malangnya ada pengumuman flight to be delayed until 7.30 malam. Cerita tak sedap hati pun bermula. Mata aku hanya melihat runaway. Bermula daripada pengumuman delayed sampailah ke jam 8 malam, tiada langsung kapal terbang yang mendarat. MAS kemudiannya memanggil kami untuk redeem makan malam daripada McD berhampiran. Selesai urusan, kami kembali ke tempat duduk kami. Aku semak FB, ada kawan yang kongsi, dia terkandas di KLIA. Sudah 3 kali cubaan mendarat di PIA gagal. Masa lapang, Maniwa-san ajar aku cara nak bungkus bento. Thank you!

Sekitar jam 8.30 malam, penerbangan Airasia berjaya mendarat dengan selamat di PIA. Alhamdulillah, akhirnya hujan beri kami sedikit ruang untuk bergerak. Dalam kelam-kabut, “May I have attention to Ms Dalila Nizam, please come forward for immediate bording”, pengumuman dibuat oleh ground staff MAS. Diikuti dengan nama Maniwa-san dan Chan. Kami antara penumpang yang diberi keutamaan untuk terbang dahulu sebab ada connecting flight ke Narita malam ini. Kami meninggalkan PIA sekitar jam 10.50 malam, masih hujan. Kami tiba di KLIA jam 12 tengah malam. Penerbangan seterusnya terpaksa dijadual semula kepada pagi esok sekitar jam 9 pagi dengan penerbangan MAS, asalnya penerbangan kami ialah JAL.

Terima kasih atas MAS hospitality, kami bermalam di Nilai Spring Golf Country Club. Semua luggage kami tinggalkan di airport untuk kemudahan esok hari.
***
Just before landing. The sun just set!
Aku miss trip ke Nagatoro hari ini. Sedih!
Kami mendarat di Narita Airport jam 4.50 petang, waktu Jepun. Lancar, dengan pemeriksaan kastam yang telah ditambah baik. Namun ada masalah yang menanti kami dihadapan.

Check-in luggage kami tak muncul tiba. Kami ke kaunter ‘luggage claim’ untuk membuat laporan. Disebabkan bukan kami bertiga sahaja yang ada masalah yang sama, masa diambil lebih kurang sejam. Nasib baik alamat yang aku letakkan dalam boring kastam adalah alamat kilang. Luggage akan dihantar terus ke kilang sejurus tiba di Jepun.

Sekarang kami meneruskan perjalanan ke Chichibu, Saitama. Dari Narita airport, ambil tren Sky liner menuju Nippori. Dari Nippori, kami bertukar tren Yamonote Line menuju ke Ikebukuro. Jam 7 malam, kami tiba di stesen Ikebukuro. Bernasib baik, express train ke Chichibu menggunakan Red Arrow berlepas jam 7.30 malam. Maniwa-san cepat-cepat pergi beli tiket di mesen berhampiran.
Lampu jepun
Sementara itu, aku telah pun maklumkan kepada Production Team di rumah Mama yang luggage aku tak terbang sekali. Maksudnya maggi, biskut diorang pun tak ada dengan aku. Maaf. Tapi jawapan yang diterima menyentuh hati, “Uniform hang untuk esok pagi kami standby dah. Jangan risau”.

Tiba di Chichibu, isteri Maniwa-san menyambut kedatangan kami. Hari sudah lewat malam. Suhu sekitar 3°C, Chan masih dengan seluar pendek. Rasakan lah, nak sangat sejukkan. Isteri Maniwa-san bawa aku ke kedai serbaneka untuk mencari kelengkapan lain semetara menunggu bagasi kami tiba dalam beberapa hari. Mak-mak sangat. Terima kasih atas perhatian.
***
Pintu masuk ke Chichibu Shrine.
Kami pulang awal sebab kerja sudah siap. Laporan pun sudah kami hantar ke Malaysia. Nak masuk production area pun kena marah sebab adalah orang tu tak suka Malaysian engineer masuk tengok. Oh, sebenarnya agak biasa orang jepun memandang rendah kepada orang kita. Padahal mereka pun banyak yang tak reti.

Disebabkan kami awal lebih 1 jam, Maniwa-san bawa aku dan Chan melawat sekitar pekan Chichibu. Mula-mula kami ke Chichibu Shrine. Dia siap ajar cara yang betul untuk masuk ke shrine. “Dalila-san, tak payah lah buat. Awak kan muslim”, pesannya kepada aku. Aku senyum.

Kami kemudiannya berjalan kaki menyeberangi jalan berhampiran masuk ke Chichibu Festival Hall. Hall ini seperti muzium, yang menyimpan maklumat tentang Chichibu Night Festival dan macam-macam festival yang lain. Sebenarnya Chichibu memang terkenal dengan bermacam festival merentasi musim.
Kereta berhias yang digunakan ketika festival.

Destinasi akhir kami, Chichibu Muse Park. Letaknya depan rumah yang aku tinggal, tapi punyalah tinggi. Slope jalan memang kategori tak boleh brek, kalau brek rasanya menurun lah kot.

Chan sempat main gelongsor besi yang ada di puncak bukit. Plate sejuk, maklumlah sudah masuk musim luruh. Disebabkan gelongsor guna roller, sakit bontot! Hahahaha…

Sekitar jam 4.55 petang, Muse Park memainkan satu lagu. Lagu macam loceng masuk sekolah Jepun tu..tapi yang ni panjang lagi dan mendayu lagi. Katanya untuk pemberitahuan menghampiri jam 5 petang.
***
Wajah Chichibu di musim luruh
Kami (Aku, Along, Yati, Nad, Zul) keluar awal pagi. Asalnya niat nak ke Tokyo hari ini, tetapi selepas meninjau ramalan cuaca untuk Tokyo yang hujan, aku tukar laluan kami ke Kawagoe. Dengan tren kami mengembara. Bertukar-tukar tren sebab tiada direct route dari Chichibu ke Kawagoe. Alhamdulillah, sejak menjejakkan kaki ke Jepun bermula 2015, aku dah pandai baca tren map. Senang.


Dari Stesen Kawagoe, kami jalan kaki lebih kurang 15 minit untuk sampai ke Kurazukuri District Street. Apa yang menarik dengan tempat ini? Bangunan lama sekitar tahun 1868 ~ 1912 yang masih dipelihara dan digunapakai. 

Toki no Kane

Setelah penat berjalan, kami putuskan untuk memulakan perjalanan pulang. Sebelum tiba di stesen, kami singgah makan di restoran Asoka Asian Garden secara kebetulan. Lunch time 11.00 pg ~ 3.00 ptg, 1000 yen buffet. Dapatlah budak-budak ni makan ayam setelah 1 bulan lebih tak jumpa ayam. Perut dah kenyang, kami pun bergerak pulang.

***
Perjalanan sepatutnya bermula awal pagi, tapi tertangguh! Sebab bangun lambat…tettttt! Penat semalam jalan jauh sangat agaknya.

Chan dah penat menunggu kami di stesen Seibu Chichibu. Gomen na! Dalam kalut, aku belikan tiket untuk semua. Hari ini kami berempat. Zul tak ikut sebab penat semalam belum hilang.

Dari Chichibu, kami ride Express Red Arrow ke Ikebukuro Station. Dari Ikebukuro Station, tukar tren ke JR Yamanote Line, menghala ke Shibuya. Puas juga menerangkan cara nak baca Yamanote Line punya peta tren sebab bergerak dalam bulatan. Jadi, pastikan clockwise atau counter clockwise dengan betul. Kalau salah, bazir masa. Tempat pertama kami jelajah ialah tak lain dan tak bukan, lintasan perjalan kaki tersibuk di dunia, Shibuya Crossing. Tapi masa kami sampai sebelum tengah hari, tak sesak sangat. Boleh lah main lintas-lintas banyak kali.


Kemudian, sesi membeli belah di Yodobashi Akiba, Akihabara. Kami ke Akihabara dengan tren melalui Yamanote Line juga. Masa nak membuat pembayaran, ada yang minta pinjam passport saya untuk pengecualian cukai. Barulah aku tahu, diorang ni travel tak bawa passport sebab office simpan. Nasib baik ada bawa emergency contact card. Cuak juga aku.


Seibu Chichibu Station
Siap membeli-belah, kami teruskan perjalanan ke Ueno juga melalui Yamonote Line. Di sini, kami cari restoran halal, tapi disebabkan agak lewat, kebanyakannya tutup sementara menanti next service untuk dinner. 

Sempat juga aku cari masjid di sini. Alhamdulillah, terjumpa orang Malaysia dan Indonesia yang belajar di sekitar Kawasan ini. Niat asal nak ke Ueno Zoo, tapi hari dah menjelang petang. Aku minta production team datang semula ke sini dengan Saito-san (CEI Production PIC) kemudian hari. Perut pun dah lapar, kami cari kedai halal berhampiran. Nama kedai ni ialah Spicy Food Network. Apa lagi, kami pesan makanan halal, Biryani Ayam untuk makan tengah hari. Ada juga yang mengambil peluang membeli barangan sejuk beku seperti sosej ayam dan macam-macam lagi.
***
Basically, sepanjang bertugas di luar negara ni, bukan setakat kena jadi engineer saja. 
Kena juga jadi;

1. Decision maker : Ada kes staf kena home sick, sampai hilang berat badan 7 kg. Bayangkan kena menghadap nurse untuk cerita semua benda padahal baru 3 hari aku kenal staf tu. Maniwa-san tanya, nak bawa balik dia? Aku jawab, kalau tanya saja pun dah boleh baik 30%, bawa balik lah. Bos aku tu kemudiannya direct call MD untuk persetujuan.

2. Tourist guider : Maniwa-san pesan bawa budak-budak tu pergi makan ayam halal. Lepas tu siap pesan, janganlah tak bawa mereka sekali kalau nak travel ke Tokyo. Dalila orang Tokyo kan? katanya berseloroh.

3. Motivator : Semasa penerbangan pulang, flight aku JAL berlepas jam 11.00 pagi, staf yang medical emergency tu flight MAS sekitar jam 10.50 pagi. Bayangkan dengan tak sihat tu, kena terbang sorang-sorang sebab flight JAL terlalu mahal bila beli last minit. Aku berkali-kali cakap dengan staf ni, you kena sihat tau. Kalau you sakit dalam flight, mereka akan buat medical emergency landing yang mungkin tak sempat sampai Malaysia. So, be strong. Sampai KL, info I.

No comments: