Friday, April 03, 2020

Travel-log : Seoul, South Korea. 2019

Penerbangan kami pagi, sekitar jam 8, 12-Oct-2019. Cuma entah kenapa, flight kami penuh dengan orang yang terkenal di Malaysia. Depan seat kami, Azizul Hasni Awang, belakang selang 1 baris, kumpulan UNIC. Anyway, meriah dan ramah geng UNIC ni.

Tiba di Incheon International Airport, South Korea sekitar jam 4 petang, waktu Korea. Untuk pengetahuan, Incheon bukan berada di dalam Seoul, wilayah sebelah Seoul. Untuk ke Seoul, kami menaiki bas express daripada lapangan terbang. Bagi yang tidak berapa faham, korang terus saja cari tourist counter selepas keluar daripada pintu airport. Beri tahu alamat, mereka akan bagi cadangan perjalanan dengan pelbagai mod pengangkutan. Jadi, disebabkan kami hanya berdua, beg pun tak berat mana, kami putuskan untuk naik bas saja.

Pemandangan dari atas bangunan guesthouse
Seoul Tower Family Guesthouse, letaknya di Yongsan-gu, adalah tempat penginapan kami berdua untuk tempoh 6 hari berikutnya. Dekat dengan subway station dan convenience store menjadi keutamaan kami selain harga yang boleh dikatakan murah tetapi service serba lengkap.

Malam itu, kami hanya melepak dan merepek di dalam bilik. Qada’ tidur malam semalam dan membuat sedikit homework untuk perjalanan esok. Oh, untuk pengetahuan bersama juga, sejak peristiwa 2015, aku tidak lagi membuat itinerary lengkap setiap kali travel. Just quick review, nak ke mana sahaja, plan kukuh menyusul sebaik tiba di lokasi. Selain lebih thrill, excited, ianya juga tak buang masa aku yang semakin kurang dek kerja yang tak pernah surut, dapat juga mengelakkan sakit hati apabila sendiri pun tak boleh follow jadual yang padat tu. Relax sudeyyy!

13-Oct-2019.
Selesai makan pagi, kami memulakan perjalanan ke Gyeongbokgung Palace. Kebetulan masa ni ada music festival, penuh orang lah jawabnya. Mulanya Ija nak pakai baju tradisional Korea tu kat area ni, tapi bila congak harga dia, fikir berkali-kali juga. 

Selepas bersesak untuk melihat pertukaran syif pengawal istana, kami meneruskan perjalanan ke bahagian depan istana. Tanpa arah tujuan, kami langsung mencari surau untuk solat Zuhur & Asar (jama’) yang disediakan di dalam bangunan Korea Tourism Organization terletak di sekitar Cheonggyecheon Stream. 

Selesai solat, kami melawat 4 tingkat bangunan dengan setiap tingkat ada fokus yang tertentu. Selesai mengumpul setem dan tukar point kepada hadiah saguhati, kami pun beredar. Mencari makan tengah hari yang sudah pun petang. Kami kemudiannya bergerak pulang. Udah maghrib kome..

14-Oct-2019
Hari ini plan kami nak melawat Hanok Village dan Namsan Tower. Hanok Village adalah kawasan penduduk yang kebanyakan rumah derang ni ada unsur-unsur seni bina Korea lama. Walaupun dia mengekalkan tradisi dan budaya, gate rumah dia tetap pakai password tau! 

Kalau ke sini, boleh jalan-jalan kawasan sekitar tapi jangan terlalu bising. Rumah orang kiri kanan kan. Sambil mendaki dan menuruni bukit, kepenatan. Sebelum bergerak ke destinasi seterusnya, kami singgah beli aiskrim.


Hentian seterusnya, Itaewon. Ada apa dengan Itaewon? Dia ada makanan halal yang banyak. Sangat banyak pilihan. Kebetulan masa kami singgah di KTO semalam, pegawai bertugas bagi kami buku kupon Halal Food Fest Week, dapatlah makan makanan halal dengan harga yang agak murah hari ini.
Sebab sampai kawasan Itaewon dah masuk zuhur, kami ke Seoul Central Mosque dahulu. Letaknya di atas bukit, jenuh manjat kata orang perak. Kami ditakdirkan tersalah jalan sebab tengah buat major renovation di kawasan sekitar. Sebelum boleh jumpa masjid, kami jumpa pub dan bar..tutup mata! Siap solat, kami singgah makan di restoran halal berhampiran. Penuh meja order makan hari ni. 

Dari Itaewon, kami ke Namsan Tower dengan taxi sampai ke stesen kereta kabel. Nak ke puncak Namsan Tower hanya dengan dua cara. By bus or by cable car. Sempatlah ber-sunset di dek pemerhati. Sebab malam dah pekat, kami pun terpanggil untuk pulang.

15-Oct-2019
Pagi ini kami bergerak awal sebab nak ke Nami Island. Meredah station yang agak jauh perjalanan, sampailah sesat-barat nak bali tiket sebab cari kaunter tak betul. Lepas dapat beli, lega. Tiba di stesen Gapyong, ramainya manusia. Ingatkan kurang lah orang sebab bukan hari cuti. Kami tunggu bas untuk ke Nami Island.

Tiba di Nami Island, kami mulakan perjalanan berpandukan peta yang kami dapat. Jujurnya, ini kali ke-3 aku sampai Nami Island dan rupanya banyak lagi yang aku tak sempat cover. Bayangkan betapa besarnya tempat ni! Dari satu tempat, ke satu tempat. Cantik, tapi sebab masa ni baru lagi masuk musim luruh, kebanyakan pokok masih hijau.

Kami makan di restoran halal di sini. Kenapa entah, aku tak jumpa pulak kedai nasi goncang yang dah 2 kali aku mai makan sebelum ini. Semasa solat, kami bertembung dengan makcik yang sama-sama kami dalam flight tempoh hari. Sempat bertanya khabar dan berkongsi sedikit tip untuk perjalanan seterusnya. Kebetulan anak sedara mak cik ni teringin nak melawat Jepun semasa musim sakura nanti. Semoga bertemu lagi ye.

Selesai berjalan kaki yang memenatkan, kami berdua nak repeat shot atas padang macam masa tengok tulip di Jepun tempoh hari. Siap set semua, sambil gelak ketawa kami bergambar, tiba-tiba dapat ‘Emergency Alert’ daripada kerajaan Korea menerusi phone. Minta hati-hati dan menjauhi orang bergejala batuk, selsema dan demam sebab penyakit berjangkit apa ntah. So, stay safe! Kami pun terus packed barang, dan bergegas pulang. Kami ke stesen Gapyong dengan taxi sebab bas seperti tak kunjung tiba. Elok saja sampai stesen, tinggal beberapa minit sahaja untuk express train bergerak! Apa lagi, lariiiii! 

16-Oct-2019
Hari ini kami bergerak awal untuk ke Haneul Park, tempat yang famous dengan rumput Eulalia masa musim luruh. Kalau tengah mid-autumn lagi cantik tempat ni. Untuk sampai ke sini, kami menggunakan subway, turun di stesen World Cup Stadium. Sempatlah melawat stadium dahulu sebelum menyambung perjalanan ke taman ini. Kami pilih untuk menaiki pickup truck untuk ke puncak. Tak mampu rasanya nak mendaki memandangkan banyak lagi perjalanan kami selepas ini.


Dah puas menikmati keindahan taman ni, kami turun ke bawah untuk perjalanan seterusnya. Lapar, tapi di sini agak susah mencari makanan yang boleh dimakan, kami hanya makan biskut dan coklat. Solat dalam taman. 

Kami kemudiannya ke Namdaemun Market untuk membeli souvenir untuk dibawa pulang. Siap membeli, kami berjalan-jalan di sekitar kawasan yang padat dengan deretan kedai. Kemudiannya sampai ke Myongdong Street. Disini, kami sempat membeli berapa jenis street food (seafood) untuk makan ala kadar. Myongdong juga terkenal dengan kedai-kedai barangan kosmetik ‘made in Korea’ yang boleh diberi dengan harga rendah berbanding biasa. Brand Korea sahaja tau. Kalau ‘made in Japan’ cari di sini, mahal juga. Sekitar 5 petang, kami membuat keputusan untuk pulang. Malam ini nak sambung lagi perjalanan. Jom balik dulu!

Sekitar jam 8 malam, kami memulakan perjalanan ke perpustakaan yang terkenal itu. Starfield COEX MALL. Rupa-rupanya tempat ini berdekatan dengan Pusat Dagangan Dunia, Seoul. Makanya bolehlah tengok elitist Korea Selatan dalam train yang baru nak balik kerja. Kerek! 

Sakan tempat ni. Memang besar dengan banyak bahan bacaan tetapi hampir semuanya dalam Bahasa Korea. Susah nak jumpa buku tajuk English, isi dalam pun English.

Dari bangunan ni, ada shuttle bus untuk ke Seoul Station, free. Kami gunakan perkhidmatan ini untuk penjimatan. Selesai melihat pemandangan Seoul Station yang indah disebelah malam, kami pun pulang ke penginapan.

17-Oct-2019
Kami bermalas-malasan sebelum berangkat ke airport. Flight jam 4 petang, kami check out sekitar jam 11 pagi. Kemudian ke airport dengan subway. Lebih mudah. Yang susahnya, dari subway stop location nak ke airport, jenuh berjalan, jauh.

Traveller jokes:

Malam bila entah, beli nasi instant dekat convenience store. Nak masak guna microwave. Sebab tak tengok betul-betul arahan, aku set over time. Jadi lemang weh! Elok la makan dengan sambal ikan bilis yang orang Malaysia tinggalkan kat dapur tu.

No comments: