Saturday, April 18, 2020

Hey! Mecha-Designer : Episod 3


Malaysia, Julai 2018.

“Dalila, hari ni you duduk di belakang na!” arahan lembut daripada EK Tan kepada aku. Belakang, dia merujuk kepada kawasan design evaluation bagi model baharu.
Aku bertindak mengikut arahan. Laptop, buku nota dan fail model EC811 aku bawa ke belakang. Mencari tempat kosong untuk diduduki, aku akhirnya menumpang di tempat Abg Din, juruteknik Factory Automation yang sememangnya tidak berada di situ.

Functional Checker Machine telah siap dipasang. Ada beberapa perkara baharu di mesen itu yang memerlukan aku untuk bertanya terus kepada Shimada-san selaku jurutera di Jepun.
10 minit berlalu, Saito-san berdiri dan terus menuju kepada Kak Su, Supervisor untuk model EC811.

Dalila-san wa? [Nampak Dalila-san tak?]” tanya Saito-san.

“Saito-san!” aku memanggil namanya sambil tangan melambai-lambai. Jarak kami 2 meter.

Gomen. Gomen. Minna onaji mitai de..[Sorry tak Nampak. Semua Nampak sama di sini]” tergelak besar, sedikit keliru memandangkan ramai pekerja yang memakai tudung di sekelilingnya.

Meeru no koto, misete..? [Yang awak email tadi tu, tunjukkan kepada saya boleh?]” pintanya sopan.

Aku terus bangun menuju ke functional checker yang dimaksudkan sambil dia menurut di belakang.
Kochi desu. SW wa ‘MECH’ to ‘ELEC’ ga kaite arimasu ga dochira ga..[Dekat sini. SW ni ada tulis MECH dan ELEC, nak guna yang mana..]” jelas aku sambil menunjukkan control box yang dimaksudkan seperti di dalam email.

Aaa..kite miru. Kite miru. Watashi mo wakaranai desukara [Ah, saya tanyakan sebab saya pun tak tahu]” tersenyum. Dia kembali ke mejanya dan kemudian membuat panggilan telefon terus kepada Fujino-san, jurutera yang menyediakan mesen berkenaan.

Petang itu aku baru berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi functional checker tadi. Sempat aku meninjau keseluruhan aspek mekanikal yang ada mesin ini. Disebabkan ada masalah contact detection, aku bermain-main dengan air cylinder yang paling dekat dengan tempat letak produk.

Saito-san berdiri di belakang aku sambil bersembang di telefon, masih berkisar tentang functional checker tadi. Selesai bercakap di telefon, dia datang menghampiri aku.
“Lain kali jangan main air cylinder dengan keadaan ON. Terkepit jari nanti, bahaya!” separa berbisik, memberi amaran keras.
***

Saito-san dalam perjalanan ke pejabat utama, aku pula sedang bergerak ke bahagian pembuatan. Kami bertembung di tengah jalan. Belum sempat menunduk hormat, Saito-san berhenti bergerak.

Ah, Dalila-san. Zumen fairu, misete ageru [Ah, Dalila-san. Saya nak tunjukkan fail lukisan]” sambil tangannya melambai dan memanggil aku untuk mengikutinya.

Tiba di meja, dia menunjukkan lokasi fail letaknya semua lukisan teknikal berkaitan model EC811 di monitor laptop miliknya. Cursor menunjukkan fail bernama ‘Data 4.Jul’ itu dipilih.

“Dah kenapa nak letak technical drawing dalam tu?” bisik hati ku.
Eh, machigaiteta! [Eh, silap!]” dia baru sedar yang fail dibuka itu salah. Kemudian dia menunjukkan lokasi yang betul.
Aku yang berada di sebelahnya mencemik muka. Dia hanya tersenyum, manis.
***

Pagi ini, aku diberitahu oleh Saito-san untuk menyediakan semua parts yang telah pun tiba daripada pembekal.
Part comfirm-shimashou!” katanya.
Kumpulan produksi aku tersenyum sambil menunjukkan kekeliruan. Tidak faham apa yang dikatakan oleh Saito-san.
Aku terus ke bahagian part section untuk memberi arahan perlepasan part masuk ke bahagian pembuatan.

“Tolong issue semua parts kepada Kak Su ya!”

30 minit berlalu. 2 buah troli sampai di lokasi kami. Kak Su menyemak senarai parts satu-persatu.
Siap tanda tangan di senarai parts, Kak Su susun semula di dalam bekas dan meletakkannya di dalam troli.
Saito-san sudah sedia untuk membuat pemeriksaan. Beberapa parts menurut senarai di tangannya dibawa ke meja. Dia membuat part matching assembly untuk beberapa parts.

Dalila-san, kochi kite! [Dalila-san, mari ke sini]”, dia kemudiannya menunjukkan cara untuk memastikan tolerance yang betul untuk setiap parts selepas pemasangan.

Kalau bergoncang sebegini, tolerance besar lebih daripada 10 micron. Kalau begini, lebih kurang 5 micron. Aku kagum dengan kemahiran dia ni.
Untuk menilai ketebalan, bandingkan dengan nilai tentu yang sedia maklum. Contohnya ketebalan roller atau kenipisan sesuatu steel sheet.

Secara keseluruhan, banyak perkara yang aku belajar daripada Saito-san berkenaan part confirmation, cara untuk memahami lukisan teknikal dan memahami fungsi mekanikal dengan lebih baik.

Petang itu, saja-sajalah rakan sejawatan dan kumpulan aku bertanya kepada aku. Kami lihat Sekiya-san tu baik, suka ambil tahu hal kamu. Apalagi, buat calon suami!

Aku tersenyum. Terus teranglah ya, kalau nak cari calon suami elok yang macam Saito-san. Ada masa, kena ikut cakap dia sebab dia jauh lagi lebih tahu dari kita. Ada masa dia bagi muka, ikutkan saja apa yang kita nak. Dia ada ciri-ciri kepimpinan yang baik, dan boleh membuat keputusan dengan betul dan cepat. Tapi kalau nak romantik kena cari Arai-san lah. Sekiya-san, dia terlalu banyak ikut cakap aku, tanpa bantahan. Jenis ni kalau jadi suami, kena buli nanti kak!
***

Sampel unit siap dipasang lengkap. Tiba masa untuk disemak menggunakan functional checker. Disebabkan semua unit menjadi OK, aku semak pula system setting dan data setiap unit. Saito-san yang sedari tadi sibuk menaip email tiba-tiba mengalihkan pandangan kepada monitor laptop aku.

Checker deeta desuka? [Data checker?]” tanyanya, membengkokkan badan sedikit ke arah aku.

“Un..” jawab aku ringkas.

Hurm..kore watashi ni kudasai [Hurm..ini hantar kepada saya]” mengecilkan mata yang sudah pun sedia sepet.

Ano sa, setting need to change. I read, Dalila-san input na.” kemudian menyambung penulisan data di dalam bukunya.

Aku segera ke functional checker untuk ON kan semua fungsi mesin. Aku buka paparan antara muka untuk system setting.

Sedang mata sibuk membaca nombor-nombor yang berada di dalam setting table, jari kelingking di sebelah kiri tangan tersentuh sesuatu. Aku terus memandang ke tangan untuk kepastian.

Jari kelingking tangan kanan Saito-san.

Mata aku kemudiannya memandang ke mukanya. Dia yang masih melihat kedudukan tangannya kemudian memandang aku.

Tanpa mengalihkan tangannya, dia memberi arahan untuk menukarkan nombor tertentu di paparan tadi.

“Hai lah, mamat ni…” bisik hati sambil mengubah kedudukan tangan, mencari keyboard.

Entah kenapa beberapa saat pada masa itu ku rasakan lama...

No comments: