Tuesday, April 21, 2020

Hey! Mecha-Designer : Episod 4


Malaysia, Julai 2018.

Pulang dari Vietnam, Saito-san susun semula layout meja tempat kerja kami.
Soko, watashi no tokoro! [Situ tempat saya!]” katanya sambil jari menuding ke arah hujung meja sebelah kiri. Aku dan EK Tan mengangguk tanda setuju.

Are, Dalila-san no tokoro jya nai no? [Eh, bukan tempat Dalila-san ke?]” tanya Sekiya-san, memandangkan beberapa hari ini sepanjang ketiadaan Saito-san, aku yang duduk di situ. Kebetulan hari ini tidak.

Daijoubu desu. [Tidak mengapa lah]” jawab aku ringkas.

Dalila-san wa senta ni [Dalila-san duduk di tengah]” arah Saito-san sambil menunjukkan ruang sebelah kanan tempat duduknya.

Aku seterusnya berlalu ke bahagian produksi. Kak Su tersenyum. “Haih, naik pangkat jadi orang kanan noh!” katanya berseloroh.

“Hurm..tak tau dia nak buli apa pulak nanti kakak oi” jawab aku dalam rungut.

“Eh, tadi kan, dia panggil saya sambil mata dok kelip-kelip, dia ingat comey??” aku sambung membawang.

“Weh, comey..comey! Elok dia lagi dari abang sebelah ni” kata Kak Su sambil ketawa kecil.
***

Saito-san membuat panggilan telefon daripada fixed line yang terletak di sebelah kanan aku, sedangkan dia tengah berdiri di sebelah kiri aku. Jenuh menunduk aku, kalau tidak kepala aku memang terkena dada dia. Dah buat call, sengaja dia lalukan wayar telefon atas laptop aku sambil dia duduk di kerusinya.

Panggilan kedua, aku angkat telefon tu, pindahkan ke sebelah kiri aku.

Jama nan da yo! [Kacau lah!]” komen aku. Dia tersenyum, puas kenakan orang agaknya.
***

Nadason-san, Manager bagi jabatan Parts Quality datang bertandang dengan membawa sampel gear yang baharu. Dia juga yang bersama-sama dengan Saito-san ke Vietnam tempoh hari kerana turun padang melihat sendiri masalah di pihak pembekal.

Tolerance terlalu ketat serta kebolehupaya bahan mentah menjadi isu utama penyumbang kepada parts tidak menjadi.

“Abang you la, tau tak dia buat gila masa di sana. Dia decide tukar material dalam masa 2 hari. Material tu pula, mahal 20% daripada yang sekarang, tooling life pula akan turun 30%” Nadason-san bercerita kepada ku.

Aku membeliakkan mata. “Material apa?”

“AMELAN black. Tapi lepas test, data bahagian gear cantik. Tolerance yang ketat tu pun boleh dapat” jawabnya kemudian menghulurkan part yang perlu aku uji pemasangannya.

 “It’s sound Saito! Ito-san pun setuju kot?” kata ku, merujuk kepada keputusan menukar bahan mentah bukan di tangan Saito-san semata-mata. Dia perlu juga kelulusan Ito-san, General Manager, Division 2, Magnetic Component Design.

“Dia pun kena jawab panjang juga sebelum boleh dapat OK. Supplier pun sama, asyik tak boleh saja. Bagi jawapan material tak sesuai. Itu yang dia nak tukar material. Tak kasi chance langsung untuk widen spec.”

“Kalau dia kata yang itu, itulah. Saito-san kan!”

Untuk pengetahuan, ini kali pertama kami gunakan amelan sebagai bahan mentah. Aku sendiri pun baru pertama kali dengar. Kebetulan semasa kali pertama gear dihasilkan tanpa memasukkan warna, jadi sampel di tangan aku ini jernih. Cantik.
***

“Saito-san…” bersuara lemah. Sengaja. Aku separuh pening melihat kolum data yang panjang.

“Ummm…” jawab Saito-san tanpa memalingkan muka. Aku suka dia jawab macam ni. Tekun sangat.

“Jikan ga aru? [Ada masa tak?]” aku bertanya, mendapatkan perhatian.

“Nani ka? [Ada apa?]” matanya masih di monitor, jarinya masih sibuk menaip sambil memilih kanji yang betul.

“Checker no data taking no hanashi shitai. [Nak sembang tentang checker punya data]” jawab aku.

Dia menoleh ke arah aku, “Ato juppun gurai de ii? [lagi 10 minit boleh?]” sambil jarinya menunjukkan email yang sedang ditaip.

“Hai! [Baik]” jawab aku menunggu. 

Kemudian aku panggil Rubi untuk belajar sekali. Walaupun Rubi adalah QA, dia perlu juga tahu.
Saito-san menggerakkan kerusinya ke arah laptop milik aku. Aku teruskan bertanya tentang beberapa checker data yang buat pertama kali aku lihat. Fungsi R dalam setiap pengiraan kelajuan misalnya. Dia terangkan dengan cara yang senang. Dia minta aku buka fail checker data dalam excel.
Kemudian, hanya menggunakan keyboard, dia terangkan dari mana data ini datang, ke mana hendak di bawa seterusnya.

“Faham? Jangan tanya saya soalan yang sama 2 kali!” Dia perasan sebab aku langsung tak tulis apa-apa di buku nota.

“Garangnya cikgu ni!” kata aku sambil bergelak tawa. Nak tulis nota pun tak sempat sebab cara yang ditunjukkan pantas. Sengaja barang kali.

“Faham. Saya faham” jawab aku.

“Sassuga Dalila-san desu ne! [Kalau dah namanya Dalila-san]” katanya, mengiyakan fahamannya yang aku mudah diajar.

“Ini peril ke puji pun entah” sambung aku, berbahasa melayu dengan Rubi sambil tersenyum.
Kembali ke main function, aku tanyakan mechanism untuk product ini.

“Opening Lever, Close Lever. Opening Lever kara..are, closing ka, opening ka..” dia sendiri yang keliru.

“Saito-san, nihongo mo ii desu. Wakaru kara. [Saito-san, dalam Bahasa Jepun pun takpa. Sebab saya faham]” aku cuba meringankan bebannya.

“Desu ne. Jyaa.. Ato Rebaa, Saki Rebaa, Hane Rebaa to Charge Rebaa..” kemudian terus menyambung kuliahnya.
***

Pagi. Aku baru saja membaca email sebelum memulakan kerja. Saito-san sibuk menulis data di dalam buku notanya yang dibaca pada skrin laptopnya. Sesekali, dia gerakkan tetikus sepaya skrin yang menjadi hitam kembali aktif.

Aku yang menyedari tindakannya itu menahan gelak sambil tapak tangan menutup mulut. “Sabar sangat ni..” bisik hati ku.

Dia terperasan. “Ne…kono display wa chotto! [Display ni kan…]” katanya separuh marah.

kurakunaru? [Jadi gelap ?]” aku dapatkan kepastian.

Masih cuba bersabar, dia beritahu aku masalah sebenarnya. “Lebih kurang 2 minit, mesti jadi gelap. Tahu tak macam mana nak buat?”

Aku angguk tanda tahu. Aku ambil tetikus dan terus masuk ke display setting. Kali ini, Saito-san yang kena buli dengan system computer pulak tu!
***

Aku melangkah masuk ke bilik mengukur untuk menggunakan measuring microscope. sesekali perlu juga aku sendiri yang ambil data untuk ujikaji. Nadason-san yang berada di bilik sebelah kemudiannya masuk ke bilik ini. Sengaja mencari ruang untuk bersembang barang kali.

Nadason-san : Dalila-san, all OK? Any problem?

Aku : All OK, no problem. How was Vietnam trip?

Nadason-san : OK, all problem can be settle. Eh, you tau tak, itu Saito-san, dia budak baik.

Aku : Baik? Baik macam mana?

Nadason-san : Masa dalam flight, I ada sembang dengan dia. I tanya dia, sudah kahwin ka? Dia jawab single. Dia stay dengan kakak dia, dua beradik saja.

Aku : Owhhh..(menunjukkan minat)

Nadason-san : Then, masa wrap up case, kami keluar dinner dengan Japanese yang kerja dekat supplier. You tau, Saito tak minum arak. I pun terkejut.

Aku : Eeehhhh.. ada allergy kot?

Nadason-san : Dia kata tak, memang tak minum. Family dia pun jenis tak minum. I siap tanya bukan ka Japanese selalunya year end ada budaya makan-makan and minum sake. Dia jawab ada, tapi tak minum alkohol. I tanya dia lagi, masa musim sejuk you macam mana survive, kalau tak minum? Dia kata pakai la baju 3 lapis.

Aku : (tergelak). Nadason-san, winter yang sejuk tu you tanya I pun boleh. I pun tak minum alkohol jugak!

Nadason-san : Hahaha..betul juga. That why, I kata dia baik. 

Nadason-san kemudiannya meninggalkan aku atas sebab ada kerja yang perlu dilakukan. Itulah manager yang ada di kilang ini. Mereka rajin bersembang hal-hal luar kerja apabila ada masa santai. bolehlah relax sedikit sambil buat kerja.

No comments: