Wednesday, April 15, 2020

Hey! Mecha-Designer : Episod 1


Malaysia, 2013.

Aku terpaksa menggunakan mikroskop yang letaknya di sebelah Nakatani-san. Menganalisa unit iris memang memerlukan mikroskop dengan skala pembesaran x20. Designer yang bertandang dari Jepun duduk menghadap aku. Meja itu memang kosong, digunakan untuk tetamu yang datang.

Tiba-tiba, Saito-san merungut sambil mengemas mejanya. Sesekali, ditolaknya barang yang bukan miliknya ke meja tempat aku duduk. Dia ada si pereka model K302 yang kini sedang dalam proses Design Evaluation (Penilaian Rekaan).

Aku hanya mendiamkan diri. Hendak aku balas, macam tak kena. Selesai dengan dapatan analisa, aku kemas apa yang patut di atas meja kemudian berlalu pergi.

5 minit berlalu, pintu pejabat ditolak kuat oleh Kagara-san dan terburu-buru ke tempat duduk aku.

Dalila-san, ato de break torque machine, calibrate negaishimasu. Settei wa kanryou desu! [Dalila-san, selepas ini tolong calibrate break torque machine. Setting is complete] ” kata Kagara-san, jurutera dari Jepun itu. Dia sudah biasa minta bantuan aku untuk menentu ukur data daripada mesin yang telah disiapkan.

Ryoukai desu! [Baiklah]” jawabku ringkas.

Kagara-san kemudiannya berlalu pergi. Duduk di meja, bersebelahan dengan Saito-san.
Saito-san menghadap Kagara-san dengan muka kosong, entah apa yang bermain difikirannya.

Kanojo wa nihongo wakaru? [Dia faham bahasa Jepun]” tanya Saito-san, cuba mendapatkan kepastian. Kagara-san menoleh ke arah aku, kemudian mengadap Saito-san semula.

Aaa..Dalila-san? Ima nihongo wo benkyoushite iru no de, kantan no hou ga wakaru yo! [Ah, Dalila-san? Dia memang sedang belajar bahasa Jepun, yang mudah memang fahamlah]”

Aku hanya memahami bahagian itu. Panjang juga yang disembangkan mereka. Aku bukan mampu nak faham semua pun Bahasa jepun ini sebab memang sedang dalam pembelajaran.

Sekitar jam 6 petang. Kebanyakan jurutera telah pulang ke rumah memandangkan tempoh bekerja tamat jam 5.30 petang. Aku masih di pejabat. Memuat turun lukisan teknikal secara berkala bagi model K302 untuk di daftarkan sebagai rujukan di Malaysia. Kerja lebih masa.

Kagara-san tiba-tiba menyebut nama aku dalam penerangannya kepada Saito-san. Aku biarkan sahaja tanpa memaling sedikit pun.

“Dalila-san, cutter ada?” tanya Kagara-san yang sudah pun berdiri di hadapan aku. Aku bagi saja cutter yang ada. Kagara-san boleh juga berbahasa melayu sepatah dua.

Hurm..dekinai! [Tak boleh!]” kata Saito-san separa geram. Kagara-san yang memang dari tadi di sisinya datang semula kepada aku. 
More big ada?” tersengih, menampakkan sisi manis Kagara.
Nani kiri no? [Nak potong apa?]” tanya aku. 
Sebelum boleh menaik taraf alat, perlu tahu apa yang mahu dipotong dan kenapa yang digunakan tadi tidak boleh memotong. Kagara-san melambaikan tangannya ke arah Saito-san, kemudian meminta barang yang hendak dipotongnya.
I want to cut here. This part too long [Saya nak potong bahagian ini. Part ini terlalu panjang]” Saito-san menerangkan bahagian yang perlu dipotong. 
Aku tergelak. Syaf berdiameter 1.5 mm, diperbuat daripada keluli tahan karat.

Of course cannot use cutter na! This part need to cut by machine [Memanglah tak boleh guna cutter. Part ini kena potong dengan mesin]” jawab aku, cuba menyelesaikan masalah. 

Aku bawa barang yang hendak dipotong tadi keluar pejabat. Mencari juruteknik yang kebetulan masih belum pulang. Selang beberapa minit, Abg Pijoi, juruteknik mesin yang membantu masuk ke pejabat dengan barang yang telah siap dipotong.

Aku ambil dan berikan kepada Saito-san. 
Kore gurai OK? [Lebih kurang ini, OK?]” mendapatkan kepastian.
Oh, kirei desu yo! Arigatou! [Oh, cantiknya. Terima kasih!]” balas Saito-san sedikit menunduk.

Malaysia, Ogos 2015.

Hari pertama aku berkhidmat sebagai jurutera SLR bagi model EC394. Semasa melangkah kaki masuk ke dalam bilik Video Conference Meeting, Maniwa-san ada berpesan. 
If Dalila-san cannot understand, ask na! We target to improve your Japanese Language by 30% after project complete”.
Aku hanya mengangguk.
Sebaik saja siaran video disambungkan, “Alamak! Mamat ni la pulak!!” rungut aku dalam hati. Muka masih tersenyum.
Di Chichibu, wakil pereka adalah Saito-san manakala wakil jurutera, Arai-san. Di Malaysia, wakil jurutera produk adalah aku, jurutera part adalah Sanusi-san. Kami ditemani Maniwa-san selaku pakar rujuk bagi projek ini.

Habis waktu bekerja.

“Weh, hang ingat dak mamat designer K302 hat serius tu? Yang penah komplen aku dulu pasai tempat analisis tu semak?” aku suarakan soalan kepada Aqilah, rakan sejawatan.
“Ha..ingat. Kenapa dengan dia?” jawab Aqilah, menunggu sambungan ayat.
“Dia designer EC394 hang tau! Habis la aku…”, aku sambung merungut.
“hahaha..selamat bekerjasama” jawab Aqilah memberi semangat.

No comments: