Tuesday, April 21, 2020

Hey! Mecha-Designer : Episod 5


Malaysia, 25-Julai-2018

Pagi ini kami berkumpulan awal, belum pun jam 8 pagi, aku dan Rubi sudah pun bersama-sama kumpulan produksi. Aku dan Rubi membuat kepastian untuk dinner bersama-sama dengan Saito-san dan Sekiya-san. Kesemua ahli seperti yang dijanjikan, tiada masalah.

“Eh, Rubi, hang pi la cakap ngan Saito-san. Kata kita nak bawak dia pi makan malam ni!” kata aku berbaur arahan.

“Aku pulak? Hang yang nak ajak dia, hang pi la cakap!” jawab Rubi tanpa kompromi.

Ahli kumpulan yang lain juga menyokong Rubi. “Dalila, hang pi la ajak abang hang tu” kata mereka.

“Saya malu la kak..” jawab aku tersengih-sengih.

“Saito-san!” aku panggil, tidak terlalu jauh darinya.

“Hai!” jawab Saito-san ringkas. Kemudian menoleh ke belakang, tempat kami berkumpul. Mengangkat kening tanda ‘ada apa?’ ke arah ku.

“Rubi-san hanashi ga aru [Rubi ada benda nak cakap]” jawab aku mengelat.

“Woiii! Kurang asam…kenakan aku!” balas Rubi. Rubi kemudiannya berjalan ke tempat duduk Saito-san dan menjelaskan pelan makan malam ini.

“Dia kata, jangan makanan yang pedas, tak mau laksa. Yang lain dia OK” terang Rubi selepas make a deal dengan Saito-san dan Sekiya-san.

“Aku kata kat dia tadi, pasal pedas tak payah risau. Dalila pun tak makan pedas!” Rubi menyambung cerita.

Jam 6.00 petang – Aku bergegas keluar daripada kawasan kilang untuk membawa kereta ke depan pintu masuk utama kilang. Saito-san dan Sekiya-san sudah menunggu. Di sebelah kiri aku adalah Rubi. Dari depan, aku perasan mata Saito-san melihat sesuatu ke arah aku. Tapi aku tak pasti apa yang dia nampak.

Sebaik dia duduk di seat belakang Rubi, ayat pertama yang keluar daripada mulut Saito-san ialah macam mana boleh dapat sticker VVIP McD drive thru? Aku dengan Rubi gelak tak sudah.

Macam-macam yang kami bualkan di dalam kereta. Kebanyakkan masa, Saito-san yang bercakap. Rupa-rupanya Saito-san dan Sekiya-san ni macam bertukar personaliti apabila berada di luar waktu kerja. Saito-san yang jauh lebih diam ketika bekerja rupanya sangat ramah di luar dan Sekiya-san sebaliknya.

Kami tiba di Seoul Garden Sunway Carnival Mall. Kami ambil 2 meja memandangkan kami bertujuh ketika itu. Semasa memasak, hanya aku dan Sekiya-san yang aktif. Saito-san kata dia malas nak bangun, nak makan saja.

Aku jaga di bahagian grill, Sekiya-san jaga bahagian sup. Kami sibuk. Meja sebelah lebih meriah sebab semua perempuan. Lagi pun, 3 orang emak ada di situ. Semasa aku mengalihkan daging, Saito-san terus-terus melihat aku. Kedudukan kami bertentangan. Tidak selesa, aku pula memandang Saito-san.

“Nak saya tolong?” tanyanya lemah lembut.

“Tak payah la Saito-san. Saito-san perlu makan sahaja” jawab aku, tanpa niat untuk memerli.

“OK, saya tolong” dengan cepat, dia ambil pengepit dan alihkan daging yang sedang dibakar.

“Yang macam ni dah OK? Dah boleh angkat?” tanyanya lagi.

“Hurm…dah kot. Eh, belum..belum..” jawab aku, tidak pasti.

“Dalila…betul-betul la.” Saito-san merungut panjang.

“Entah lah” jawapan aku kali ini, pasti.

“Rubi-san, tengok Dalila ni. Nak kenakan saya. Daging masak ke tak pun dia tak nak bagi tahu” Saito-san mengadu kepada Rubi yang duduk di sebelah kanannya.

Aku gelak besar. “Mana la aku nampak dah masak ke belum dari tempat dia” jawab aku kepada Rubi.

“Masak dah tu…” kata Rubi sambil tergelak.

“Ni apa?” tanyanya merujuk kepada buah seperti kurma berkulit merah.

Deeto. Dates. Chinese Dates” jawab aku berulang. Saito-san seakan tidak faham.

“Boleh makan?” tanyanya lagi.

“Boleh lah. Dah campur dalam sup kan?” jawab aku.

“Rubi-san, rubi-san. Ini boleh makan kan?” mencari kepastian.

“Boleh makan?” Wajah Rubi sedikit terkejut. Saito-san yang tadinya separuh curiga, bertambah curiganya. Dalila ni memang nak kenakan saya, rungutnya berbahasa Jepun kepada Rubi.

“Tu kurma china la. Awatnya tak boleh pulak” jawab aku mengukuhkan statement.

“Oh, boleh makan” Rubi memberi jawapan ke Saito-san.

Saito-san mencuba kurma tersebut. Katanya tiada rasa. Memang lah, dah lama di dalam sup.

Sekiya memulakan masakan penutup, mee dengan sayuran di rebus di dalam sup. Sudah hamper ke waktu penamat, meja sebelah kami masih penuh dengan daging. Aku ambil sambal cili hijau yang telah dicampurkan dengan bawang putih.

Saito-san yang sedang menghabiskan daging di dalam pinggannya. Dia kepit rapat daging dengan copstik, kemudian menghalakan daging ke bekas cili tadi. Seperti mahu mencicah tetapi dia berhenti sebelum terkena sambal dan kemudiannya memandang aku.

“Macam dalam anime!” bisik hati. “Douzo!” jemput ku. Aku memang tiada masalah untuk kongsi bekas makan dengan mereka. Tetapi jarang orang Jepun boleh berkongsi bekas makanan dengan kita.

“Oh, tak la pedas sangat” katanya memberi respon.

“Saito-san, penipu! Kata tak makan pedas. Sambal ni pedas la”, tegur aku.

“Dalila rasa pedas? Saya rasa biasa saja” responnya ringkas.

“Kalau macam tu boleh la duduk sini lagi 2 bulan” komen aku melawak. Dia gelak besar.

26-Julai-2018

Dalila sa..itsu goro Laksa shitteru? [Dalila kan, sejak bila kenal laksa?]” tanya Saito-san berbasi-basi.

Itsu goro? Kodomo no toki kara. [Sejak bila? Dari masa kanak-kanak lah]” jawab aku kehairanan, kemudian menyambung “watashi wa Malaysia-jin desu yo! [Saya orang Malaysia lah!]” selamba.

Ah, sou desu ne. [Ah, ye jugak]” tersenyum sendiri.

De, Laksa ga suki desu ka” tanya Sekiya-san mengambil giliran.

Maa..watashi wa Penang-jin jya nai kara amari tabemasen [hurm..saya ni bukan orang penang, tak berapa makan sangat]” jawab aku.

Jenuh juga aku terangkan yang Laksa kerap dimakan oleh orang utara termasuk Penang. Lain negeri, lain makannya. Saito-san kata dia rasa tertipu sebab semasa dia google maklumat Penang Signature Dish, dapatannya ialah Laksa. Selepas cuba makan, tak boleh telan. Katanya kuah Laksa tu, bau dia kuat.

Aku ada lanjutkan kes ini kepada Sensei yang mengajar Bahasa Jepun aku. Hasil pemerhatian dia, memang lelaki Jepun tak boleh makan Laksa. Kalau perempuan Jepun, boleh saja. Katanya Laksa yang orang Melayu buat lebih sedap berbanding Cina.
***

Ne..Chocoretto taberu? [Coklat makan?]” tanya Saito-san mencari kepastian.

“Tabenai hito iru no? Chocoretto! [Ada eh orang tak makan? Coklat kot!]” bertanya dalam menjawab. Aku pandang Sekiya-san di sebelah. Kami gelak besar.

Jyaa..ato de, ageru! [Kalau macam tu kejap lagi saya bagi]” cuba mengawal riak muka yang sudah beberapa kali tersilap soalan sedari tadi.
***

Saito-san sibuk memasukkan kesemua data daripada laptopnya. Kerja-kerja menyimpan data ke main server sedang dilakukan. Matanya hanya di paparan skrin, tanpa menghiraukan sekeliling.

DE owatta, yokatta ne [DE dah habis, lega kan]” kata Sekiya-san kepada ku.

“Owatta? DE3 wa raishuu hajimaru yo! [Habis? DE3 nak mula minggu depan kot!]” kata aku kepada Sekiya-san.

Eee..owatta to omoimasu yo! Saito-san nihon e kairu yo. Daijoubu? [Eee..ingatkan dah habis. Saito-san balik Jepun ni, tak apa kah?]” tanya Sekiya-san terkejut.

Un! Daijoubu yo! [Yup. OK!]” jawab aku. Sebelum ini juga begitu, aku sudah biasa sendiri uruskan masalah di sini sebab ramai yang akan tolong dari kejauhan di Jepun.

Sekiya-san yasashi da na! [Baiknya lah Sekiya-san!]” kemudian memandang ke arah Sekiya-san, seakan memberi amaran.

Aku menutup muka dengan tapak tangan. Sekiya-san kemudiannya berlalu pergi.
***

Kami memulakan mesyuarat penutup DE2 sekitar jam 1.30 petang. Di dalam bilik meeting, aku duduk di sebelah kanan Saito-san. Satu persatu perkara kami halusi untuk menentukan keboleh upayaan kerja dan fungsi untuk ujian peringkat seterusnya. 

Kali ini, Saito-san jauh lebih selesa. Tersenyum, OK, tulislah nama saya antara jawapan yang menyenangkan semua orang. Tidak menyangka sebegini senang pemikirannya.

Tiba di bahagian fungsi overcharge, EK Tan bertanyakan tentang effective dimension kerana produk model ini menggunakan lebih daripada 2 jenis lever. Saito-san menjawab menggunakan roller thickness yang mana kami semua tidak biasa dengannya. Kami dibiasakan dengan part number.

“Eh, roller dengan lever ada lukiskan? Tunjuk kejap” begitu lebih kurang permintaan Saito-san. Boleh pula dia ingat yang aku lukis di dalam buku nota aku.

Waktu melepasi jam 2.30 petang. Kami masih di dalam bilik mesyuarat. Masih lagi bergaduh tentang itu dan ini dengan QA section. Mereka selalunya begitu, meeting dragger!

Aku cuit muka jam tangan di tangan kiri Saito-san. “Doushita? [Kenapa?]” tanyanya ringkas.

Hikouki wa? Mani au? [Kapal terbang macam mana? Sempat?]”, aku ingatkan dia yang akan berangkat pulang ke Jepun melalui Singapura petang ini. Katanya nak ke lapangan terbang jam 3.00 petang.

Ak! Sou sou! [Ah, betul jugak]”, katanya yang seperti baru tersedar dari time loop. Dia cepat-cepat mohon mesyuarat ditangguhkan.

Kami segera habiskan perbincangan. Selepas seminggu, aku kena hantar laporan berserta dengan jawapan seperti yang diharapkan.

Sehingga ke masa ini, aku salute sangat dengan dia ni. Daripada rasa tak selesa sebab sebelum ini rasanya dia macam tsumetai [cool] dengan orang sekeliling dan ikut kepala dia sahaja kepada boleh bekerjasama dengan baik. Boleh melawak pada tempat yang tertentu, boleh dibawa berbincang untuk beberapa isu. Kadang-kadang dia beri nasihat dengan soft spoken, macam abang-abang sangat.

No comments: