Thursday, April 23, 2020

Hey! Mecha-Designer : Episod 7 [Akhir]


Malaysia, November 2019.

Sekiya-san, chotto ii? [Sekiya-san, ada masa?]” tanya aku sambil melambai tangan ke arah Sekiya-san. Minta dia datang ke meja aku.

Sekiya-san duduk di sebelah kiri sambil memegang fail lukisan modelnya yang tebal.

Saito-san no hanashi nan dake do..Sunday mo shigoto? [Nak cakap pasal Saito-san ni. Ahad pun datang kerja?]” Sekiya-san sedikit terkejut.

Nan de shitteru? [Macam mana boleh tahu]” tanya Sekiya-san. Pelik barang kali kenapa aku boleh tahu pergerakkan ketuanya.

Email kita kara. [Sebab dapat email]” jawab aku sambil menunjukkan bukti email dihantar pada hari ahad.

Saito-san wa kachou ni natte shitteru? [Saito-san dah jadi manager, tahu?]” tanya Sekiya-san kepada ku.

Aku mengangguk tanda tahu. Dia kemudian memaklumkan kepada aku yang Manager di sana sememangnya sangat sibuk. Ada hujung minggu yang memerlukan mereka berada di pejabat. Ada sabtu, ada ahad. Kadang-kadang, bukan selalu pun.

De, motto yasashikute ii? Saito-san wa ima taihen nan desu yo! [Jadi, boleh lebih nice? It hard time for Saito-san now]” nasihatnya sambil berlalu pergi.

Motto yasashiku..ima saiyaku desu ka watashi..[Be more nice.. sekarang ni teruk sangat ke saya?]” jawab aku perlahan, terasa annoying sekejap.

Malaysia, Sabtu 30-Nov-2019

Sabtu. Pagi ini aku berada di kilang atas urusan inventory audit. Masuk pejabat, walaupun hari cuti, aku tetap buka email untuk dibaca. Kebetulan, semalam cuti separuh hari, email sebelah petang belum sempat disemak.

Email daripada Saito-san bertajuk “Notis Perletakan Jawatan”, dihantar pada jam 4.00 petang semalam waktu Jepun. Hari terakhir bekerja, dia masih pulang lewat.

Terima kasih untuk segalanya.

Ini Saito, Magnetic Component Design Section 2.

Atas sebab peribadi, saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan pada akhir November.

Semua orang yang bekerja di syarikat ini baik kepada saya semasa saya mula-mula berkhidmat. Walaupun sebenarnya saya adalah orang baru yang langsung tidak tahu tentang rekabentuk mekanikal.

Saya rasa terhutang budi atas tunjuk ajar dan panduan daripada orang sekeliling yang mengambil berat tentang saya membuatkan saya rasa mesra dan rapat.

Di era pertukaran yang pantas, saya doakan selamat maju jaya buat semua. Semoga sihat berpanjangan dan membangunkan syarikat di masa depan.

Sekian, terima kasih.
Semalam adalah Premium Friday di Jepun, jumaat terakhir setiap bulan, semua pekerja akan pulang awal. Waktu berkerja tamat jam 2.00 petang.

Semasa membaca email itu, aku terasa bagai mimpi. Tak pernah terbayang yang dia akan meletakkan jawatan secara tiba-tiba. Sedih, dengan tangan menggigil, aku baca kali kedua.

Hari itu cukup sedih buat aku. Bayangkan aku buat audit pun kena berhenti sekejap sebab tak boleh fokus.

Aku kemudiannya menghantar email kepada Shimada-san. Selain dia mengaku sebagai atuk aku yang mengajar aku banyak tentang realiti kehidupan, susah senang bergelar jurutera, dia juga tok guru Saito-san sejak 5 tahun yang lalu. Sekarang rakan sejawatan.

Hakikatnya, Shimada-san pun tidak tahu tentang Saito-san yang hendak melepaskan jawatannya sebelum ini. Kisah duka kami berdua. Shimada-san bakal bersara Februari 2020, hanya menjelaskan kepada aku yang dia cuba untuk mengikat kontrak kerja selepas umur bersara wajib. Tiada janji akan kekal di posisi sekarang. “Dalila-san kena belajar cepat, sehabis mampu. Selagi atuk boleh jawab, atuk jawab.” Pesannya di dalam email.

Isnin 01-Dis-2019

Disebabkan aku perlu tahu kenapa Saito-san resign, aku hubungi Arai-san melalui telefon di bahagian produksi. Sebaik panggilan disambungkan,

Arai : Design Section, Arai bercakap. 
Aku : Dalila ni.Arai : Ah, Dalila san! 
Aku : Selamat pagi. Senang sekarang? 
Arai : Tak senang. Tengah kerja. Tapi Dalila-san punya pasal, berhenti sekejap. Ada apa hal? 
Aku : Saito-san tu dah kenapa? (Bertanya dalam nada meninggi) 
Arai : Hahaha (tergelak) 
Aku : Terkejut tau! 
Arai : Hurm..Dalila-san OK? 
Aku : Ye, OK tapi… 
Arai : Camni lah, Saito-san dia buat keputusan resign sebab dia tak ada masa untuk diri sendiri pun sejak naik manager ni. Hari-hari pun balik lambat, sabtu ahad pun kena datang kerja. Dia Ok, dia just feel dia tak  ada masa untuk diri sendiri. 
Aku : Saya perasan je dia balik lambat, weekend mai kerja pun saya tahu. Dia OK masa buat keputusan ni? 
Arai : Yup, dia OK. Sekarang Dalila OK? 
Aku : OK, tapi tu lah..makin susah la kot untuk EC394, EC811 sebab tak ada pakar dah! Ke nak kena tanya Kawakubo-san and Arai-san je ni? 
Arai : Hahaha..(sambung ketawa) tapi kami ada on hand job lain kena handle. 
Aku : Saya tau..Shimada-san pun dah tak lama. Sampai Feb next year kot… 
Arai : Shimada-san? Dia belum buat keputusan nak bersara pun. Belum..belum.. Boleh rujuk dia lagi.Tapi kan kalau perlukan pertolongan dari saya, hubungi lah. Saya sedia membantu. 
Aku : Baiklah. Terima kasih.
Aku lega. Keputusan dibuat dalam keadaan sihat-sihat sahaja. Aku lebih rela hilang rakan sejawatan daripada ada tapi tak sihat mindanya. Maklumlah Jepun terkenal dengan tekanan perasaan akibat kerja.

Penutup.

Sejak dari itu, aku bertemankan Shimada-san dalam segala hal. Alhamdulillah, Shimada-san dapat balik posisi dan jawatannya walaupun secara kontrak untuk tempoh setahun lagi. Aku orang pertama yang dia beritahu sejurus berita rasmi diumumkan.

Saito-san, dari seorang yang susah untuk didekati, kamu buktikan kedewasaan mampu mengubah pendirian seseorang. Aku akan terus merindu hasil kerja yang shibarashii [cemerlang] daripada dia.

Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan kenangan. You formed such beautiful relationship in EC394 and EC811.

Aku dapat perhatian dan kasih sayang sepanjang keberadaan di dalam kumpulan ini. Walaupun bermacam-macam masalah yang datang, dia buktikan kepakaran untuk penambahbaikan datang daripada seluruh ahli atas nama kerjasama. Menjadikan aku priority di saat-saat diri sendiri pun tak cukup masa, memberi nasihat sebagai seorang yang passionate dengan kerja. Meletakkan aku di tempat yang setanding dengan jurutera senior seperti Shimada-san, you really brought me up!

Aku belajar banyak benda dengan Saito-san dan Shimada-san. I will treasure the remaining time that I had with Shimada-san.

Jikan modoritai!

*Kalau aku jumpa Saito-san di kemudian hari, aku nak tumbuk dia sebab tak kongsi masalah dia dengan aku dan Shimada-san. Aku tulis disini untuk peringatan!

No comments: