Sunday, July 31, 2022

Tahun Baru Hijri 1444

Bismillah..
Salam awal muharram, tahun baru 1444H.



Sepatutnya tulis malam tadi, tapi malas. Jadi, tulislah malam ni.

Lama dah aku tak menulis dengan sungguh-sungguh. Aku cuba untuk menulis kembali lepas urusan akhir arwah ayah selesai. Tapi tak mampu. Aku pun tak tahu kenapa. Setahun juga aku ambil masa untuk biasakan benda yang tak biasa. Tak biasa balik kerja, boleh rehat lama. Dulu dah balik kerja, kena capat-cepat sebab nak uruskan ayah punya makan malam lah, lap badan ayah lah, cuci luka dia lagi lah. Ada masa kena gilir dengan mak jaga ayah, dapatlah tidur 3 jam saja. Esok nak kena masuk kerja. Hadap orang yang jauh macam-macam lagi. Dan aku baik sahaja. Betul-betul baik. Betul-betul seronok.

[I take about 1 year to cure my emotional scar. When someone close to you, know about your family matter, know about your dad’s situation before, simply talk like I do nothing to my dad, it hurt me. I know I should forgive her even she not yet apologise . The fact that, I am hurt. So, I decide to avoid her. For this time being, I need to care my self.] 

Sekarang masa untuk diri sendiri. Aku baru saja mulakan diet sihat. Sebelum ini, memang tak sempat lah nak kira kalori bagai ni sebab banyak benda lain nak fikirkan. Thanks to my cousin, Ija. Dialah yang bebenor sayang aku, ajak sama-sama diet sihat. Alhamdulillah, 3kg dah turun. Aku harap banyak lagi boleh turun lepas ni.

Baru-baru ni, mak sibuk ajak pergi umrah. Asalnya nak pergi dengan sedara yang lain, tapi ada yang dekat sangat masanya, ada jauh benor masanya, jadi mak cakap kat aku, kita aje lah yang pergi. Aku pun carilah maklumat yang perlu. Tapi kan..duit simpanan aku dah berkurang (tulah, sapa suruh tukaq phone hari tuuu). Jadi aku lancarkan ‘menanbung seribu sebulan’ bermula bulan ni. Takut jugak sebenarnya. Takut tak cukup sampai hujung bulan. Aku punya boros ni boleh tahan melampau jugak. Lama juga aku muhasabah diri. Alah, dulu-dulu masa gaji RM3000, boleh je hidupkan. Takkan lah gaji dah naik ni, tak boleh hidup pulak. Aku cakap kat mak, along simpan seribu sebulan mak. Cukup lah sampai hujung tahun. Nak beli baju dan persiapan lain, kita tunggu bonuslah. Cumanya kita kena berjimatlah. Tak boleh nak berbelanja mewah dah.

Nampak tak confident level aku? Lepas tu aku pun masuk bilik. Duduk atas katil, menung sambil tengok cermin. Lama.
“Ya Allah, I know this is your call. I have never feel this feeling, but I am very excited to. Help me Ya Allah, cukupkan belanja aku, duit simpanan aku. Engkau sajalah yang mampu membantu”. 

Kesimpulannya, untuk tahun baru ni, ada 2 benda yang aku dah mula buat.
1. Diet sihat. (Jaga calorie intake, workout)
2. Saving monthly RM1000. (Simpan dan berjimat)

Korang yang baca ni, ada tak benda bermatlamat kena buat sempena tahun baru? Kalau tak ada, OK je sebenarnya. Kalau ada, make sure you find your why before start it =)

Monday, May 16, 2022

Belajar menjadi matang



Banyak benda kalau ikutkan hati dan mulut nak kata, kata ja. Tapi sebab aku ada akal, fikir 2 kali sebelum bertindak melepaskan apa yang terbuku di hati. Kebelakangan ini, aku sendiri dah malas nak layan drama manusia terutamanya di tempat kerja. 

Trauma. Aku tengah cakap pasai diri sendiri, sambil-sambil mencari ibrah kenapa di uji, orang lain yang terasa. Hairan. Kita bukan budak-budak. Dan kerana matangnya aku, aku sajalah yang hadap, minta maaf sebab dia terasa hati.

Contoh (seperti diatas), lepas 2 minit, aku tak jadi nak sambung cerita.

Matang.

Belajar untuk menjadinya bukan suatu benda yang mudah. Ia jalan mujahadah. Pada aku, ia bermula dengan ayat “We can fly higher, but we choose to decent”.
Dah lupa aku dapat daripada buku yang mana. Barangkali 10 tahun yang lalu. 

Dalam fasa-fasa kehidupan, ada masa kita patut marah, ada masa kita layak bertindak menurut apa yang kita rasa. Tapi, adakah dengan melakukan apa yang kita rasa, yang kita nak sangat buat, berbaloi? Kita boleh marah. Marah dalam keadaan diam. Kita boleh marah dalam keadaan memaki hamun. Kita boleh marah sambil senyum, kemudian taip entri panjang berjela dan kepohkan seisi alam. Tapi, mana satu yang berbaloi? Mana satu yang kurang kesan negatif terhadap diri sendiri dan orang lain?  

Sebab itu aku pernah kata, marah pun kena professional.

P/S : Aku kalau tengah marah, aku diam. Tak nak cakap dengan orang yang aku marahkan. Lepas tu, call atau message kawan-kawan yang rapat untuk bercerita. Manage your anger wisely, so that no body lost in that war.


Wednesday, May 11, 2022

It’s 12 years and still counting..

“Aku yang buat salah, tapi bos tegur orang lain”
“Eh, bos ni macam mengata aku je..”

Korang pernah tak mengalami situasi macam ni? Aku selalu jugak. Masa tu dengan egonya, aku rasa yang bos ni tak macho. Takut nak tegur anak buah la tu.
Tapi sebenarnya, bila kau kena panggil dengan bos, dia tegur kau betul-betul, sebab nak kau jadi staf yang baik dari segala segi, kau nak nangis. Kau rasa bos kau tak paham pun apa yang kau hadap, gaduh kau dengan orang lain semua tu macam tak ada makna.

Padahal, kau sebenarnya tak boleh hadap ‘rejection’. Masa 5 tahun pertama bekerja, inilah yang aku rasa. Tapi aku selalu pesan kat diri sendiri, bila orang tegur kita, atau tegur kita melalui orang lain, maknanya kita masih ada dalam pandangan mereka. Kalau sampai tahap “kau buat lah apa kau nak”, maksudnya orang dah give up dengan kita. Dan aku harap itu tidak berlaku.

Sekarang, aku rasa baiknya Allah dengan kita. Dia tahu kita ni jenis sembang kuat, walaupun kita tempek ayat “kalau nak tegur aku, mai lah depan-depan” dekat dahi, Dia tak izin jugak benda macam tu jadi. Sebab apa, kita hamba yang lemah. Makin menua kita, makin hati kita mudah terusik. Orang tegur sikit, merajuknya seminggu. Orang muda lain. Orang tegur sikit, dia lagi tunjuk bebal. Itu pun takde lah kena denda ke apa, punya Allah tu baik dengan kita.

Kita? Rasanya macam semua benda kita boleh kawal. Padahal, bila dah diberi tugasan untuk mengawal, terabur jugak.

Sepanjang 12 tahun ini, aku sentiasa cuba mendidik diri, untuk paham apa saja yang berlaku di sekeliling aku. Cuma, ada yang tak penting, aku tinggalkan. Terlalu banyak yang perlu dipelajari lagi untuk menjadi dewasa yang baik dan bermanfaat untuk alam jagat. 

Mudah-mudahan sentiasa dalam peliharaan Allah. 

Wednesday, April 20, 2022

Ramadan Kareem 2022

Assalamualaikum.

So, sekarang ni dah masuk fasa ke2, ramadan. Tahun ni, sepatutnya banyak masa lapang yang boleh banyak ibadah. Masa tahun-tahun sebelum ni, aku agak struggle sebab ada masa kena bahagi untuk buat benda lain. Tapi, ujian tahun ni lain macam. Dengan cabaran merepek-merepek di tempat kerja, aku rasa habis dah tenaga bila sampai rumah. Ada hari, nak solat terawih pun macam sangat-sangat letih.

Setiap hari, ada saja moment “Sesungguhnya aku sedang berpuasa…” ha gitu. Sambil ala kalah dan berlalu pergi. Kalau ada yang tanya kenapa sekarang aku tak banyak bercakap, nak fighting for right masa kerja, it just because I am fasting. Nanti lepas raya kita sambung gaduh ye..

Salam ramadan kareem =)

Sunday, March 27, 2022

Because life is a journey.

 Assalamualaikum.

Sashiburi desuuuu!

Alhamdulillah, tahun ni ada new mild stone. Naik pangkat jadi assistant manager untuk SLR Engineering
team. Tapi aku tetap juga jurutera yang dulu. Masih kena uruskan new model setup, kali ini lebih banyak dari biasa. Setakat entry ini ditulis, dah 4 model. 

Enjoy, banyak benda belajar dan banyak juga keputusan yang aku buat sendiri. Hasil didikan partner, Shimada-san. Tapi datang berpakej. Sakit hati, sakit kepala, dan segala macam perasaan yang menyampah! 


2 model dah masuk mass production. 2 more to go!

Aku harap lepas ni, banyak lagi boleh aku tulis disini. I am still tuning my self.